‘Saya masih solo’ - Utusan Malaysia

‘Saya masih solo’

NEELOFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pengacara dan pelakon popular, Noor Neelofa Mohammad Noor atau Neelofa tidak mahu terlalu fokus mencari teman hidup walaupun ramai lelaki cuba mendekatinya.

Aktres filem Pilot Cafe berusia 31 tahun itu berkata, kesibukan menguruskan empayar hijab, Naelofar Hijab dan kerjaya seni sedikit sebanyak membataskan keinginan mencari teman lelaki.

“Ya, saya masih solo. Ka­wan-kawan cuba memper­ke­nalkan saya dengan teman lelaki, mungkin tiada jodoh.

“Namun saya tetap gembira dan bahagia. Keluarga dan ra­kan-rakan terdekat sentiasa ada di saat suka serta duka,” katanya di sini.

Neelofa sebelum ini pernah menjalinkan hubungan de­ngan beberapa pelakon antaranya Datuk Hans Isaac.

Dalam pada itu, Neelofa ber­kata, dia tidak pernah me­letakkan had usia untuk berkahwin dan meletakkan seluruh kepercayaan kepada perancangan Tuhan.

“Saya percaya susunan Tuhan itu akan sampai juga suatu hari nanti.

Tambahnya, dia tidak berasakan status sebagai pengasas Naelofar atau sebagai orang seni membataskan niat mana-mana lelaki untuk menghampirinya.

“Ini semua ketentuan jodoh. Saya terima dengan reda, sesiapa pun dia,” katanya.

Ikuti kisah pelakon dan usahawan berjaya ini dalam Pancaindera.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya