‘Saya gembira dengan kerjaya, anak-anak’ - Utusan Malaysia

‘Saya gembira dengan kerjaya, anak-anak’

NURUL IZZAH ANWAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG: Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar, 40, mengakui bahagia dengan kehidupannya sekarang sebagai ibu tunggal dan wakil rakyat.

Beliau berkata, fokusnya kini adalah terhadap kerjaya dan anak-anak­nya dengan tidak meletakkan tempoh untuk kembali mendirikan rumah tangga.

“Saya tidak fikir lagi lah (cinta), hendak fokus kepada anak-anak dahulu. Saya gembira de­ngan cara sekarang,” katanya ke­pada Mingguan Malaysia di sini.

Nurul Izzah mendirikan rumah tangga dengan Raja Ahmad Shahrir Iskandar Mei 2003 dan dikurniakan sepasang cahaya mata.

Pasangan itu bagaimanapun berpisah pada awal 2015.

Nurul Izzah berkata, beliau tidak menetapkan sebarang syarat atau keistimewaan kepada bakal suaminya, namun menginginkan ciri-ciri dimiliki Nabi Muhammad SAW.

Katanya, meskipun berstatus ibu tunggal, beliau bersyu­kur mendapat sokongan kuat daripada keluarga terutama ibu dan bapa­nya, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

“Saya mempunyai adik beradik yang ramai dan sering bersama ibu serta ayah. Saya sangat mensyukuri saat-saat sedemikian,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya