Orang UMNO marah betul – Ku Li - Utusan Malaysia

Orang UMNO marah betul – Ku Li

TENGKU RAZALEIGH HAMZAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kemarahan dan kekecewaan akar umbi UMNO terhadap tindakan beberapa bekas pemimpin mereka yang melompat masuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) selepas kalah teruk dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) masih belum reda.

Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, sentimen tersebut harus diambil kira sebelum parti bersetuju mendaftarkan Perikatan Nasional (PN) atau melakukan sebarang rundingan pembahagian kerusi dengan Bersatu.

Tegas beliau, jika UMNO meneruskan idea berkaitan PN atau tunduk dengan mudah dalam rundingan bersama parti serpihan itu, mereka perlu bersedia untuk ditolak akar umbi sendiri dalam pilihan raya akan datang.

“Orang UMNO tidak setuju (pembentukan PN) kerana kerusi yang sekarang ini diwakili sesetengah mereka yang berada dalam Bersatu, adalah kerusi kita. Dia lompat lari dari kita.. ini bagi orang UMNO di peringkat bahagian, mereka marah betul.

“Mereka bekerja bermati-matian menolong calon UMNO tiba-tiba dia cabut lari, orang UMNO tempatan marah. Jadi, kalau kita bertindak nak memihak kepada apa dituntut oleh Bersatu, saya rasa kita semua akan dihalau oleh orang UMNO,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam wawancara eksklusif bersama Utusan Malaysia di kediamannya di Jalan Langgak Golf, dekat sini baru-baru ini.

Ahli Parlimen Gua Musang itu sebelum ini mendedahkan cadangan untuk mendaftarkan PN sebagai gabungan parti politik yang sah bakal mendapat tentangan ramai khusus­nya dalam kalangan pemimpin Barisan Nasional (BN).

Menurut beliau, walaupun perkara tersebut masih dalam peringkat perbincangan, ramai yang memilih mahu kekal di bawah naungan BN dan menolak sebarang penggunaan logo parti lain.

Mengulas lanjut, Tengku Razaleigh berkata, kemarahan akar umbi yang belum reda itu terzahir apabila ada antara mereka masih menolak untuk bersalam dengan bekas pe­mimpin UMNO terbabit ketika solat Jumaat.

Tambah beliau, soal formula pembahagian kerusi dengan Bersatu pula tidak patut timbul kerana UMNO setakat ini tidak pernah membuat sebarang perjanjian dengan parti di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin itu.

“Benda ini tidak pernah bincang. Tetapi dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) yang saya hadir baru-baru ini, ramai menyuarakan pendapat bahawa kita tidak pernah ada hubungan dengan Bersatu.

“Dan kerusi-kerusi ini masih dianggap kerusi UMNO. Pagoh, Muar, Langkawi. Itu semua kerusi UMNO. Kerusi Jerlun pun,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya