Lambakan Rohingya, UNHCR ketepi pihak berkuasa Malaysia -

Lambakan Rohingya, UNHCR ketepi pihak berkuasa Malaysia

rohingya
PEJABAT UNHCR di Kuala Lumpur jadi tumpuan pelarian untuk mendapatkan dokumen khas.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Percaya atau tidak, pelarian Rohingya yang memegang Kad Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNHCR) berjumlah 86,155 orang di negara ini hampir menyamai bilangan 108,000 penduduk Putrajaya.

Mengejutkan lagi, dalam tem­poh enam bulan tahun ini hanya 317 Rohingya sahaja mendapat penempatan di negara ketiga.

Padahal, mereka yang diberikan kad pelarian UNHCR hanya dibenarkan berada di Malaysia untuk sementara waktu sahaja.

Dengan ekonomi Malaysia dijangka suram dan angka pengangguran bakal mencecah tiga juta orang hujung tahun ini akibat pandemik Covid-19, kebanjiran Rohingya dikhuatiri mencetuskan saingan peluang kerja kepada warga tempatan.

Paling dibimbangkan adalah pelbagai isu sosial timbul, termasuk peningkatan kes jenayah.

Mendedahkan perkara itu, Ketua Pengarah Imigresen, Da­tuk Khairul Dzaimee Daud berkata, jumlah pelarian Rohingya di Malaysia itu berdasarkan pemilikan kad UNHCR yang dikeluarkan kepada etnik tersebut.

Kata beliau, 1,200 Rohingya lagi berada di beberapa depoh tahanan Jabatan Imigresen ma­nakala 461 di Kem Wawasan Ne­­gara di Ulu Melaka, Langkawi.

“Terdapat persetujuan kad UNHCR yang mahu dikeluarkan kepada pelarian Rohingya perlu mendapat kelulusan Imigresen dan polis, tetapi perkara ini belum menjadi kenyataan.

“PDRM perlu terlibat dalam proses temu duga mereka tetapi sehingga kini ia tidak dilaksanakan.

“Pelbagai alasan diberikan oleh pihak pengeluar kad yang tidak mahu kehadiran penguat kuasa di negara ini semasa proses tersebut berlangsung,” katanya ketika ditemui semalam.

Khairul Dzaimee berkata, dalam menyelesaikan kebanjiran pelarian Rohingya di negara ini, UNHCR sepatutnya lebih bertanggungjawab.

“UNHCR sepatutnya berusaha mendapatkan negara ketiga buat etnik berkenaan atau hantar pulang ke negara asal,” kata beliau.

Katanya, kesemua pelarian etnik itu tinggal di seluruh Semenanjung dengan jumlah terbesar di Lembah Klang dan Selangor.

Kawasan tumpuan etnik Rohingya adalah di pasar borong kerana mereka hanya dibenarkan bekerja untuk menyara hidup dan bukan berniaga.

“Sekiranya kita dapati mereka menjalankan perniagaan, kita akan tangkap dan siasat sebelum lapor kepada pihak berkuasa tempatan untuk membuat sitaan,” kata Khairul Dzaimee. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya