Cukai RM29 juta: LHDN kejar 194 peneroka bauksit - Utusan Malaysia

Cukai RM29 juta: LHDN kejar 194 peneroka bauksit

PENEROKA Felda Bukit Goh, Sarifah Jamaluddin, 69, bersama Md. Derus Yusof, 76, melihat maklumat penerimaan bayaran bauksit yang dihantar oleh LHDN di Felda Bukit Goh, Kuantan, Pahang, semalam. Sarifah yang juga ibu tunggal turut sebak apabila dimaklumkan perlu membayar cukai kepada LHDN yang dianggarkan RM100,000. - FOTO/AKIE MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Kehidupan kira-kira 194 peneroka Felda Bukit Goh di sini hanya mewah seketika apabila mereka berdepan tindakan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) kerana gagal menjelaskan cukai pendapatan hasil perlombongan bauksit pada 2014.

Semasa awal perlombongan bahan mineral itu, tiada siapa menyangka mereka menerima ‘durian runtuh’ yang mana jumlahnya puluhan ribu ringgit sehingga mencecah RM1 juta.

Kini, peneroka terlibat ‘gelisah’ kerana mula dikejar petugas LHDN yang memburu cukai pendapatan dianggarkan keseluruhan berjumlah RM29.1 juta.

Mendedahkan perkara itu, Pengerusi Pertubuhan Gagasan Dua Generasi, Jefri Salim berkata, setakat ini pihaknya mene­rima sembilan nama daripada LHDN untuk disemak jumlah pembayaran penuh yang dite­rima sejak 2014.

Katanya, mereka tidak tahu perlu membayar cukai pendapatan kerana tidak dijelaskan mengenainya ketika mula-mula menandatangani perjanjian dengan pengusaha bauksit.

Kita dapati mereka perl­u membayar cukai antara RM150,000 hingga RM500,000. Boleh dikatakan semua peneroka terlibat tidak ada duit lagi untuk membayar cukai ber­kenaan.

Kita tidak salahkan pene­roka 100 peratus, mereka pasti tidak faham dan tidak dijelaskan pula tentang perkara ini,” katanya ketika ditemui di sini.

Jefri yang juga generasi kedua Felda Bukit Goh percaya kesemua 194 peneroka yang terlibat dalam aktiviti perlombongan bauksit di tanah rancangan itu akan menerima surat LHDN.

Persoalannya siapa hendak membayar cukai berkenaan? Bagaimana mereka hendak bayar kerana tiada sumber kewangan?

Sudah empat ke lima tahun mereka tidak ada pendapatan, ada seorang berusia 69 tahun dan ibu tunggal. Fikirkan bagaimana dia hendak bayar,” katanya yang ketika ini membantu menguruskan permasalahan peneroka di Felda Bukit Goh. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya