Apa dalam kotak milik Nur Shazana? - Utusan Malaysia

Apa dalam kotak milik Nur Shazana?

SHAROM Ibrahim masih tidak mahu membuka kotak yang mengandungi barangan peribadi Nur Shazana Mohamed Salleh.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAYAN LEPAS: Apa sebenarnya yang ada di dalam kotak milik pramugari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17, Nur Sha­zana Mohamed Salleh?

Persoalan itu masih menjadi tanda tanya termasuk kepada ahli keluarga dan saudara-mara Nur Shazana sendiri.

Namun, bagi ibu Allahyarham, Sharom Ibrahim, 63, dia masih tidak mempunyai kekuatan untuk membuka dan melihat isi kotak milik anaknya itu meskipun selepas diminta beberapa kali oleh ahli keluarga yang lain.

Meyakini kebanyakan barang yang ada di dalam kotak itu adalah sesuatu yang bersifat peri­badi kepada Nur Shazana, membuatkan Sharom semakin tidak berdaya untuk melihatnya kerana akan lebih membawa ingatan kepada anak kesayangannya.

“Saya difahamkan kotak tersebut berisi bagasi MAS, pakaian dan barangan peribadi lain milik arwah. Saya memang tak sanggup melihat semua barang itu.

Nur Shazana Mohamed Salleh.

“Sebab itu, saya belum bersedia untuk membuka kotak itu, saya pun tidak pasti bila boleh melakukannya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Bukit Gedung, di sini baru-baru ini.

Nur Shazana, 31, antara 15 anak kapal bersama 280 penumpang yang terkorban selepas pesawat MH17 itu ditembak jatuh di Ukraine berdekatan sempadan Rusia pada 17 Julai 2014.

Ketika kejadian, pesawat dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur de­ngan turut membawa 43 warga Malaysia yang lain.

Sharom mengakui sehingga hari ini, dia masih terkesan setiap kali melihat pesawat ke­rana terkenangkan kejadian yang menimpa anaknya.

“Saya terlalu merindui arwah. Kali terakhir saya  menaiki pesawat adalah ketika membawa pulang jenazahnya ke Malaysia enam tahun lalu.

“Malah, saya juga tidak dapat menahan kesedihan dan sebak setiap kali melihat kelibat pramugari di mana-mana,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya