KUALA TERENGGANU: Pelajar perempuan sebuah sekolah berasrama di daerah ini yang hilang sejak Sabtu lalu ditemukan selamat.
Pelajar tingkatan tiga iaitu Muna Qaisara Muhammad Budiman, 15, ditemukan petang tadi. Penemuan tersebut disahkan oleh Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor.
“Butiran lanjut akan dikongsikan selepas ini,” katanya ketika dihubungi.
Semalam, media melaporkan keluarga pelajar itu telah membuat laporan polis pada Ahad lalu berhubung kehilangan anak mereka.
Pelajar tersebut kali terakhir dilihat memakai jubah berwarna merah hati dan tudung berwarna krim pada petang Sabtu.
Pelbagai pihak terlibat dalam usaha mencari remaja perempuan tersebut sebaik sahaja berita kehilangannya tular dalam media sosial termasuk usaha melakukan solat hajat dan doa selamat. – UTUSAN