KERANCAKAN program pembangunan bola sepak di peringkat akar umbi mendapat sokongan Gadang Holdings Berhad yang menyumbang set jersi untuk pemain skuad bola sepak bawah 11 tahun Akademi Tunas Hulu Terengganu bagi tahun 2025.
Sumbangan itu disalurkan kepada pasukan berkenaan menerusi kerjasama dengan penjaga pelatih sebagai sebahagian usaha untuk menyokong dan menyemarakkan program pembangunan bola sepak negara.
Syarikat berkenaan percaya sokongan awal mampu mencetuskan semangat, membina keyakinan dan membuka peluang kepada bakat muda untuk berkembang dalam sukan nombor satu negara itu.
Sumbangan tersebut diharap memberi manfaat kepada pelatih dan pihak akademi dalam usaha melahirkan bintang sukan pada masa depan. – UTUSAN