“Resipi Dari Hati MFM, Dari Dulu Hingga Kini”

“Resipi Dari Hati MFM, Dari Dulu Hingga Kini”

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MFM Meraikan Tradisi Ramadan dan Aidilfitri 

Malayan Flour Mills Berhad (MFM) dengan bangganya memperkenalkan kempen “Resipi Dari Hati MFM, Dari Dulu Hingga Kini”, sebagai penghargaan kepada resipi tradisi yang dapat mengeratkan hubungan silaturahim serta mengukuhkan ikatan kekeluargaan.

Kempen ini bertujuan untuk menekankan kepentingan memelihara resipi keluarga, mengeratkan hubungan antara generasi, dan meraikan budaya berkongsi hidangan yang disediakan dengan penuh kasih sayang secara turun-temurun.

Pewarisan resipi sebagai tradisi keluarga adalah salah satu elemen utama dalam budaya Malaysia. Kempen “Resipi Dari Hati MFM, Dari Dulu Hingga Kini” menggalakkan setiap keluarga untuk menyelak semula buku resipi lama dan mencipta kenangan baharu melalui pengalaman memasak yang dapat dikongsi bersama. Sama ada menyajikan hidangan yang diwarisi turun temurun atau dengan sentuhan moden pada resipi klasik, setiap sajian memaparkan kisah warisan dan kasih sayang.

Bagi memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk menghargai warisan masakan mereka, MFM berkongsi resipi kegemaran yang wajib dicuba:

Kuih Almond London:
Biskut yang sering dinikmati pada musim perayaan, melambangkan kemurahan hati dan keharmonian.

Bahan-Bahan
200g Tepung Gandum Cap Ros
100g Mentega
50g Gula
50g Badam Kisar
4g Esen Vanilla
Gula Icing untuk hiasan
Coklat Masakan (Dark Chocolate) untuk salutan

Caranya
1. Kacau mentega dan gula sehingga sebati. Tambah esen vanila dan badam kisar.
2. Masukkan tepung secara perlahan dan gaul sehingga membentuk doh.
3. Bentukkan doh menjadi bebola kecil dan bakar pada suhu 150°C (300°F) selama 15-20 minit.
4. Taburkan gula icing selepas sejuk.
5. Untuk coklat salutan, cairkan coklat masakan sehingga sempurna dan celupkan di bahagian atas biskut.
6. Hiaskan dengan badam di atas biskut dan sedia untuk dihidangkan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN