Program bubur lambuk berjalan lancar, pengagihan bermula selepas solat Jumaat

Program bubur lambuk berjalan lancar, pengagihan bermula selepas solat Jumaat

KIRA-kira 60 individu terdiri daripada pelajar, kakitangan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Media Mulia Sdn. Bhd. bergotong-royong menyediakan bubur lambuk sempena Program Kongsi Berkat Bubur Lambuk anjuran Syarikat Mahsuri Dagang Sdn. Bhd. dan Media Mulia Sdn. Bhd. di USIM Nilai, hari ini. UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NILAI: Proses penyediaan bubur lambuk menerusi program Kongsi Berkat Bubur Lambuk anjuran Syarikat Mahsuri Dagang Sdn. Bhd. (Mahsuri Dagang) dan Media Mulia Sdn. Bhd. dengan kerjasama staf Pusat Komunikasi Strategik Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) setakat ini berjalan lancar.

Aktiviti gotong-royong memasak bubur lambuk yang bermula seawal pukul 8 pagi di Pusat Islam USIM disertai kira-kira 60 individu, termasuk pelajar, kakitangan USIM serta wakil Media Mulia.

Inisiatif itu bertujuan mengimarahkan bulan Ramadan dan menyantuni warga USIM.

Pengagihan sebanyak 1,000 pek bubur lambuk yang mengandungi produk Mahsuri Dagang dijadualkan bermula selepas solat Jumaat.

Pengedaran akan dilakukan oleh Pengarah Bukan Eksekutif Mahsuri Dagang, Datuk Ahmad Tajudin Idris, Pengarah Hal Ehwal Luar Mahsuri Dagang, Mohd. Jazri Ikmal Hijaz, Naib Canselor USIM, Prof. Datuk Ts. Dr. Sharifudin Md. Shaarani serta Pengarah Urusan dan Pengarang Kumpulan Media Mulia, Mohamad Azlan Jaafar. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN