McDonald's Malaysia imarahkan lebih 400 masjid, surau melalui Program Kongsi Rezeki Ramadan

McDonald’s Malaysia imarahkan lebih 400 masjid, surau melalui Program Kongsi Rezeki Ramadan

Zaid Hasman (dua dari kiri) beramah mesra sambil menyampaikan kotak rezeki kepada salah seorang penerima yang turut disertai oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Hanifuddin Roslan (tiga dari kiri) pada Program Kongsi Rezeki Ramadan McDonald's Malaysia 2025 di Masjid Al-Akram, Kampung Datuk Keramat, baru-baru ini. - UTUSAN/IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Program Kongsi Rezeki Ramadan menyerikan lagi komuniti setempat di seluruh negara sebagai tradisi McDonald’s Malaysia yang memasuki tahun ke-11 penganjurannya sejak ia dimulakan pada 2015.

Program yang bertujuan menyantuni komuniti dengan aktiviti kemasyarakatan itu tampil lebih meriah pada tahun ini dengan menyasarkan kira-kira 400 masjid dan surau di seluruh negara yang bermula seawal sebelum Ramadan dengan sesi bergotong-royong di 50 masjid dan surau.

Antara ahli kariah masjid yang menerima bubur lambuk sumbangan McDonald’s Malaysia di Masjid Al Akram, Datuk Keramat, baru-baru ini.

 

Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia, Datuk Azmir Jaafar berkata, Program Kongsi Rezeki Ramadan adalah sebahagian daripada usaha syarikat milik orang Islam itu untuk memberi manfaat kepada masyarakat.

“Program ini membawa makna yang besar kepada kami kerana ini adalah masanya untuk McDonald’s Malaysia serlahkan tanggungjawab sebagai syarikat milik orang Islam kepada komuniti di sekitar lokasi restoran kami termasuk masjid dan surau.

“Program ini adalah sebahagian dari masjid dan surau yang akan kami kunjungi bersama lebih 370 restoran kami di seluruh negara bagi menyemarakkan lagi ibadah sepanjang bulan yang mulia ini, selari dengan tuntutan Ramadan untuk memberi dan berkongsi dengan mereka yang memerlukan.

“Usaha-usaha ini juga selari dengan komitmen McDonald’s Malaysia untuk menjadi jiran yang prihatin dengan menawarkan program yang memberi impak positif serta menjadi tanggungjawab kami untuk menyemarakkan peranan masjid sebagai pusat ukhuwah dan keilmuan,” katanya.

Terdahulu, beberapa lokasi utama telah dipilih untuk menjalankan majlis ilmu yang menampilkan penceramah terkemuka dalam usaha syarikat 100 peratus milik orang Islam itu mengimarahkan masjid dan surau.

Antaranya, Masjid Tengku Mahkota Abdullah, Kampung Peramu, Kuantan pada 23 Februari lalu menampilkan Timbalan Mufti Pahang, Datuk Badli Shah Alauddin manakala Masjid Al-Ikhlas, Seksyen 13, Shah Alam menampilkan Ustazah Asma’ Harun pada 5 Mac lalu.

Pada 11 Mac lalu, Masjid Al-Akram, Datuk Keramat, Kuala Lumpur menjadi lokasi ketiga dalam siri Program Kongsi Rezeki Ramadan untuk mengimarahkan majlis ilmu dengan menampilkan Ustaz Syamsul Debat.

 

Ustaz Syamsul Debat menyampaikan tazkirah bersempena Program Kongsi Rezeki Ramadan McDonald’s Malaysia 2025 di Masjid Al-Akram, Kampung Datuk Keramat, baru-baru ini. – UTUSAN/IQBAL ROSLI

Naib Presiden dan Ketua Pegawai Restoran McDonald’s Malaysia, Zaid Hasman berkata, dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) Food Bank, pihaknya berganding bahu memasak dan mengedarkan 600 pek bubur lambuk kepada jemaah yang hadir.

“Selain itu, 150 Kotak Rezeki juga disumbangkan oleh McDonald’s Malaysia untuk keluarga yang memerlukan serta kami juga menaja majlis berbuka puasa dan sumbangan moreh untuk warga kariah,” katanya.

Naib Presiden dan Ketua Pegawai Restoran McDonald’s Malaysia, Zaid Hasman

 

Tambah Zaid, program yang berskala besar dengan anggaran lebih 370 restoran McDonald’s Malaysia akan turun padang sekurang-kurangnya ke satu lokasi berdekatan komuniti setempat.

“Tahun ini, kami menyantuni 400 masjid dan surau. Kami menganggarkan 80,000 hidangan moreh Mekdi disediakan kepada jemaah selepas solat tarawih.

“Kami turut mengedarkan 16,000 pek bubur lambuk kepada komuniti di sekitar masjid dan surau.

“Seterusnya, 500 Kotak Rezeki berisi barangan keperluan harian juga diagihkan kepada keluarga asnaf, miskin bandar dan komuniti yang memerlukan,” katanya.

Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Hanifuddin Roslan

 

Pengarah Jawi, Hanifuddin Roslan berkata, dengan adanya Program Kongsi Rezeki Ramadan, ia sekali gus membolehkan komuniti setempat meraikan golongan asnaf serta yang memerlukan.

“Pada bulan Ramadan, mungkin tidak ada masalah bagi kita untuk mencari makanan yang baik dan berkualiti tetapi bagi mereka yang mendapat sumbangan ini, mereka buat julung kalinya dapat menikmati juadah berbuka,” katanya.

Hanifuddin turut menggalakkan syarikat korporat lain turut bekerjasama dengan Jawi Food Bank bagi membolehkan setiap masjid dapat meraikan asnaf serta golongan memerlukan untuk berbuka puasa.

Lokasi terakhir bagi mengimarahkan majlis ilmu akan bertempat di Universiti Selangor (UniSel), Bestari Jaya yang menampilkan Amin Idris pada 14 Mac ini.

Sebagai penutup kepada inisiatif yang bermakna itu, McDonald’s Malaysia akan turut serta dalam tradisi masyarakat yang unik iaitu Pesta Pelita Panjut di Kuala Kangsar pada 25 Mac ini bagi menghargai tradisi masyarakat tempatan dalam menyambut Aidilfitri. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN