PETALING JAYA: Di sebalik hiruk-pikuk Chow Kit yang tidak pernah sunyi, tersembunyi satu dunia yang jarang kita perhatikan iaitu dunia kanak-kanak yang membesar dalam keadaan serba kekurangan.
Menurut kajian yang diterbitkan dalam Asian Journal of Environment-Behaviour Studies, lebih daripada 500 kanak-kanak jalanan tinggal dan berkeliaran di kawasan Chow Kit.
Mereka sering terdedah kepada persekitaran yang tidak kondusif, termasuk isu kemiskinan, kekurangan akses kepada pendidikan formal dan risiko eksploitasi.
Lebih menyayat hati, di celah lorong-lorong sempit dan bangunan usang, mereka berlari tanpa kasut, menunggu ihsan makanan dan bermimpi tentang kehidupan yang lebih baik.
Bagi mereka, Chow Kit bukan sekadar tempat tinggal tetapi ia sebuah pentas kehidupan yang penuh dengan cabaran dan impian yang tidak pasti.
Setiap hari, mereka menghadapi realiti yang sukar, ada yang terhalang daripada mendapatkan pendidikan akibat status kewarganegaraan yang tidak menentu sementara yang lain terpaksa bekerja sejak kecil demi membantu keluarga meneruskan kehidupan.

Namun, di sebalik kesusahan ini, ada keberanian luar biasa dalam diri mereka untuk terus bertahan dan keinginan untuk mengubah jalan hidup mereka.
Oleh itu, dalam usaha menyebarkan kebaikan sepanjang Ramadan, MBSB Bank bekerjasama dengan Yayasan Chow Kit melancarkan kempen khas MBSB Bank X Yayasan Chow Kit Ramadan Video.
Usaha ini bertujuan merealisasikan impian kanak-kanak kurang bernasib baik dengan niat yang murni serta komitmen terhadap tanggungjawab sosial dalam membantu mereka di Chow Kit, Kuala Lumpur.
Untuk itu, kempen khas MBSB Bank X Yayasan Chow Kit dilancarkan sepanjang Ramadan dan Syawal bagi meningkatkan kesedaran kepada masyarakat mengenai realiti kehidupan kanak-kanak kurang bernasib baik yang sering terpinggir daripada arus kemajuan serta pentingnya memberi sokongan kepada mereka.
Justeru, kempen ini bukan sahaja mengajak masyarakat untuk lebih prihatin terhadap nasib mereka, namun ia menekankan kepentingan menyokong golongan ini agar mereka dapat menikmati kehidupan yang lebih baik.
Kempen ini turut menggalakkan orang ramai untuk menghulurkan bantuan serta menjadi sebahagian daripada perubahan positif dalam kehidupan kanak-kanak yang memerlukan.
Selain itu, ia turut menyoroti sumbangan bermakna, niat murni dan usaha tanggungjawab sosial yang dilakukan oleh MBSB Bank dan Yayasan Chow Kit dalam membantu kanak-kanak kurang bernasib baik.

Usaha ini selaras dengan semangat Ramadan yang menekankan nilai belas kasihan, keprihatinan, dan kebersamaan dalam masyarakat.
Kempen ini menggalakkan orang ramai untuk turut serta dalam menyebarkan kebaikan dan memastikan tiada kanak-kanak yang terpinggir dalam bulan penuh keberkatan ini.
Ramadan bukan sekadar menahan lapar dan dahaga tetapi ia juga bulan untuk memberi satu peluang bagi setiap insan membuka hati dan berkongsi rezeki dengan mereka yang paling memerlukan.
Anggota masyarakat yang prihatin bertanggungjawab untuk membantu golongan yang memerlukan, memastikan tiada yang terpinggir serta setiap anak mendapat perhatian dan kasih sayang yang selayaknya, terutama dalam bulan yang suci ini.
Selain itu, ia turut menekankan pemberdayaan dengan memberi peluang kepada kanak-kanak mengejar impian mereka walaupun berdepan cabaran hidup.
Sokongan dalam bentuk pendidikan dan bimbingan diberikan bagi membantu mereka membina masa depan lebih cerah.
MBSB Bank dan Yayasan Chow Kit juga memastikan golongan yang memerlukan terus dibantu, terutama dalam bulan Ramadan ini.
Melalui pelbagai program dan kerjasama, bank ini berusaha menyemai nilai kebersamaan dan keprihatinan dalam masyarakat.
Mari kita bersama-sama menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan, dalam apa jua cara yang kita mampu.
Walaupun sekadar menyebarkan kesedaran dengan berkongsi video menggunakan #MBSB dan #BeBoldBankSmart juga dapat menggalakkan lebih ramai orang untuk membantu kanak-kanak di Chow Kit.-UTUSAN