KL48 tawar bumiputera miliki kediaman hak milik kekal  

KL48 tawar bumiputera miliki kediaman hak milik kekal  

KL48
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pasaran hartanah di ibu negara terus berkembang dengan pelancaran projek KL48, sebuah pembangunan pangsapuri servis oleh BCM Holdings Sdn Bhd, anak syarikat EcoFirst Consolidated Bhd.

Dengan konsep moden dan lokasi strategik di Chan Sow Lin, projek ini dilihat sebagai peluang menarik bagi pembeli rumah pertama yang ingin memiliki kediaman hak milik kekal di tengah bandar menjelang 2026.

 

Projek KL48 merangkumi dua blok servis apartmen setinggi 48 tingkat, menawarkan 1,700 unit kediaman serta sembilan lot kedai di aras bawah.

Harga jualan bermula dari RM605,000 untuk unit berkeluasan 650 kaki persegi dengan dua bilik tidur dan dua bilik air, manakala unit 850 kaki persegi dengan tiga bilik tidur dijual pada harga RM686,000.

Semua unit akan menampilkan konsep kediaman fully furnished yang direka khas untuk memenuhi keperluan moden penghuni.

Setiap ruang didatangkan dengan perabot berkualiti tinggi termasuk katil yang selesa, almari pakaian bergaya, kabinet dapur yang praktikal serta pendingin hawa canggih, selain pelbagai kemudahan lain yang memastikan setiap inci ruang memberikan keselesaan maksimum serta memudahkan kehidupan harian.

 

Menurut BCM Holdings, KL48 dibangunkan untuk memenuhi keperluan golongan profesional muda dan keluarga kecil yang ingin menetap di kawasan bandar dengan kemudahan lengkap.

Katanya, kediaman itu juga berada di lokasi strategik yang berdekatan dengan Tun Razak Exchange (TRX), Sunway Medical Centre Velocity, Ikea Cheras dan Pavilion KL.

“KL48 juga mudah diakses melalui Jalan Sungai Besi, Maju Expressway (MEX Highway), Besraya Expressway (BESRAYA), MRR1 & MRR2, serta hanya 1 kilometer dari stesen LRT Chan Sow Lin yang turut disambungkan dengan perkhidmatan MRT.

“Dari segi kemudahan dalaman, kediaman ini menawarkan pelbagai fasiliti moden termasuk kolam infiniti, gim, laluan joging, jakuzi, dewan serbaguna, kawasan BBQ, dan mini trampolin.

“Kawasan ini juga turut dilengkapi dengan sistem keselamatan tiga peringkat bagi memastikan keselamatan penghuni terjamin,” katanya.

 

Tambahnya, sebagai hartanah hak milik kekal, KL48 dijangka sesuai dijadikan pilihan utama bagi pembeli rumah pertama yang ingin melabur untuk jangka masa panjang.

“Dengan kadar pembinaan kini mencecah 50 peratus dan tarikh siap dijangka pada suku kedua tahun 2026, projek ini menawarkan prospek pertumbuhan nilai yang tinggi,” katanya.

 

Selain itu, katanya, kawasan Chan Sow Lin juga dekat dengan pelbagai kemudahan lain seperti instituti pendidikan dan pusat kesihatan.

“Kewujudan institusi seperti KL International School, Tsun Jin High School, Alice Smith International School, dan HELP College serta kemudahan kesihatan termasuk Prince Medical Court, Gleneagles Hospital, dan Sunway Medical Centre Velocity mampu menaikkan nilai hartanah bagi kediaman ini,” katanya.

Bagi mereka yang berminat, galeri jualan KL48 boleh dikunjungi di 170,Jalan Sungai Besi, Chan Sow Lin,  Kuala Lumpur, dengan unit pameran yang tersedia untuk lawatan atau hubungi di talian 1-300-22-4848. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN