Laluan sehala jimat masa waktu puncak

Laluan sehala jimat masa waktu puncak

ZAMRI MAT KASSIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Jabatan Kerja Raya (JKR) Perak akan menambah baik pelaksanaan sistem penyuraian baharu aliran trafik satu hala di laluan utama bandar Tapah dekat sini untuk keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya.

Pengarahnya, Ir. Zamri Mat Kasim berkata, pihaknya telah merancang projek jangka masa pendek dan panjang secara tiga fasa bagi memastikan aliran trafik sepanjang 1.2 kilometer (km) itu lancar pada waktu biasa atau puncak.

“Langkah segera menerusi fasa pertama yang kita lakukan ialah menggantikan kon-kon plastik dengan binaan bersifat kekal dengan peruntukan yang telah sedia ada.

“Selain itu, bagi fasa kedua, beberapa lokasi utama yang terda­pat pusingan U yang selain selekoh tajam dan sempit akan digantikan dengan yang lebih kemas dan luas,” katanya di sini semalam.

Berhubung jentera berat seperti lori yang menggunakan laluan di Bukit Baldwin yang menyebabkan kerosakan infrastruktur dan permukaan jalan,  Zamri berkata, laluan itu di bawah bidang kuasa Majlis Daerah Tapah.

“Kami tidak mempunyai sebarang bidang kuasa pada jalan tersebut namun saya difahamkan, ada peruntukan untuk menambah ketebalan sepanjang jalan itu supaya tidak cepat rosak.

“Selain itu, ada penambahbaikan lain untuk keselesaan pengguna,” katanya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN