JIMAT PERNAMA Ringankan Beban Warga Kerja Pertahanan dan Veteran ATM - Utusan Malaysia

JIMAT PERNAMA Ringankan Beban Warga Kerja Pertahanan dan Veteran ATM

MOHAMED Khaled mengumumkan inisiatif JIMAT semasa Perutusan Tahun Baharu Menteri Pertahanan 2025.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kementerian Pertahanan terus komited memastikan kebajikan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) danveteran terpelihara menerusi program “Jualan Istimewa Madani Angkatan Tentera” (JIMAT) oleh Perwira Niaga Malaysia (PERNAMA).

Wakil Pengurusan PERNAMA, Haniza Hussin berkata, inisiatif ini membolehkan Warga Kerja Pertahananmendapatkan barangan keperluan asas pada harga lebih rendah berbanding pasaran, seiring usahamemperkasakan kebajikan golongan pertahanan.

“Sejak ditubuhkan, PERNAMA sentiasa menawarkan kemudahan terbaik kepada anggota ATM dan keluarga mereka. Program JIMAT ini satu langkah efektif dalam membantu mengurangkan kos sara hidup,” katanya.

Menurutnya, program itu menawarkan potongan harga sehingga 40 peratus berbanding pasaran luar untuk barangankeperluan asas.

“Di kedai PERNAMA, anggota ATM dan veteran boleh menikmati harga Beras Putih Import pada harga RM35.20 sekampit 10 kilogram berbanding RM38.70 di pasaran luar.

“Promosi ini merangkumi pelbagai kategori produk seperti beras, minyak masak, gula, tepung, susu pekat, mi segera dan produk pencuci rumah,” katanya.

Haniza Hussin berkata, PERNAMA sentiasa menawarkan kemudahan terbaik anggota ARM dan veteran

Inisiatif JIMAT diumumkan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin semasa PerutusanTahun Baharu Menteri Pertahanan 2025 pada 16 Januari lalu dan meletakkan inisiatif itu di bawah Fokus Keempat: Memperkukuh Ekosistem Kesejahteraan.

“Saya harap anggota dan warga ATM menerima manfaat yang baik daripada program ini yang akan kita teruskan dengan lebih rancak serta kerap pada tahun ini,” ujar beliau.

Sementara itu Haniza berkata, program JIMAT akan berlangsung setiap bulan selama tujuh hari pada minggu gaji bagi memberi lebih banyak peluang kepada anggota ATM untuk menikmati penjimatan.

“Dengan lebih U0 cawangan di seluruh negara, PERNAMA terus berperanan dalam memastikan baranganberkualiti boleh diperoleh pada harga lebih berpatutan,” jelasnya.

Menurutnya, untuk menikmati promosi ini, anggota ATM hanya perlu memuat turun aplikasi De cart, mendaftar dan mengesahkan akaun mereka di kedai PERNAMA.

Suri rumah yang juga isteri kepada anggota tentera Kapten Muhammad Adib Jamil, Puan Aisyah Mohammad,menyifatkan program ini sebagai langkah positif yang memberi banyak manfaat kepada dirinya dan keluarga.

Kapten Muhammad Adib Jamil dan isteri, Puan Aisyah Mohammad menyifatkan program ini sebagai langkah positif yang memberi banyak manfaat kepada keluarga.

“Program ini membantu kami mendapatkan barangan keperluan pada harga lebih murah dan berpatutan,” katanya.

Kapten Muhammad Adib Jamil, turut memuji harga barangan di PERNAMA yang lebih menjimatkan berbanding pasar raya besar.

Kapten Amirul Sani TUDM menunjukkan aplikasi De Cart untuk kegunaan Warga Kerja Pertahanan dan veteran ATM

“Pada awalnya, saya sangka harga di luar lebih murah, tetapi selepas membandingkannya, ternyata banyak barang di PERNAMA lebih berbaloi. Aplikasi De Cart pula memudahkan pembelian,” katanya.

Dalam pada itu, Kapten Amirul Sani TUDM berkata, selain penjimatan, program ini juga memperkukuh kebersamaan dalam kalangan warga ATM.

“Dengan adanya program seperti JIMAT, saya lebih mudah mengakses barangan penting seperti makanan, keperluan rumah dan lain-lain pada harga yang lebih rendah melalui aplikasi De Cart.

“Ini juga memberi peluang kepada saya untuk merancang perbelanjaan keluarga dengan lebih baik, tanpa perlu risau akan harga yang terus meningkat,” katanya. –  UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN