HRD Corp percepatkan proses kelulusan geran dan tuntutan

HRD Corp percepatkan proses kelulusan geran dan tuntutan

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim komited memperkukuh pembangunan tenaga kerja.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Human Resource Development Corporation (HRD Corp), sebuah agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) mempercepatkan proses kelulusan geran dan tuntutan bagi memastikan majikan serta penyedia latihan mendapat akses dana latihan dengan lebih pantas dan efisien.

Langkah HRD Corp dalam mempercepatkan proses kelulusan geran dan menyelaraskan pembayaran tuntutan ini membantu majikan untuk mengakses dana latihan dengan lebih pantas dan cekap.

Inisiatif ini bukan sahaja memperkukuh pembangunan tenaga kerja, malah turut memacu pertumbuhan ekonomi jangka panjang Malaysia.

Usaha ini juga mencerminkan bahawa HRD Corp sentiasa komited dalam memperhalusi proses untuk menyediakan kemudahan dan kecekapan yang lebih tinggi, sekaligus memperkasakan organisasi untuk membina tenaga kerja yang bersedia menghadapi masa hadapan.

Melalui langkah ini, kelulusan geran di bawah skim HRD Corp Claimable Courses (HCC) kini lebih pantas, dengan tempoh kelulusan dipendekkan kepada 24 jam berbanding 48 jam sebelum ini.

Proses tuntutan dan pembayaran juga dipercepatkan bagi membolehkan majikan serta penyedia latihan menerima bayaran dalam tempoh hanya tujuh hari bekerja, berbanding
30 hari sebelum ini.

Langkah ini akan membantu organisasi menguruskan aliran tunai dengan lebih baik dan menyokong meningkatkan tenaga kerja mereka tanpa sebarang kelewatan kewangan bagi menjalankan program latihan dengan lebih lancar.

Menurut Ketua Eksekutif HRD Corp, Datuk Wira Shahul Dawood, langkah ini bukan sahaja menyokong matlamat Malaysia dalam membina tenaga kerja masa hadapan, malah turut memperkukuhkan daya saing negara.

Dengan penambahbaikan yang berterusan, HRD Corp kekal memainkan peranan utama dalam pembangunan modal insan dan pertumbuhan ekonomi jangka panjang.

Untuk maklumat lanjut, layari https://hrdcorp.gov.my/. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN