KUALA LUMPUR: Kira-kira 5.6
juta kanak-kanak di Malaysia
termasuk murid-murid sekolah
rendah dan menengah berdepan
dengan masalah kekurangan
nutrisi hingga memberi risiko pada
pembesaran mereka.
Jumlah kanak-kanak malnutrisi
itu diperoleh melalui Mesyuarat
Majlis Sosial Negara yang
dipengerusikan oleh Timbalan
Perdana Menteri, Datuk Seri Dr.
Ahmad Zahid Hamidi, sebelum ini.
Malah, Malaysia turut
didedahkan oleh Kementerian
Kesihatan (KKM) bahawa prevalen
bantut dalam kalangan kanakkanak berumur bawah lima tahun
meningkat daripada 17.7 peratus
pada 2015 kepada 21.2 peratus
pada 2022.
Prevalen obesiti dalam
kalangan kanak-kanak bawah lima
tahun pula meningkat daripada
empat peratus pada 2015 kepada
5.6 peratus pada 2019 dan 6.0
peratus pada 2022.
Sementara itu, prevalen bagi
berlebihan berat badan dalam
kalangan murid berumur 10 hingga
17 tahun turut meningkat
daripada 14.6 peratus pada
2012 kepada 15.6 peratus pada
2017 sementara prevalen obes
juga meningkat daripada 12.3
peratus pada 2012 kepada 14.8
peratus pada 2017.
Data tersebut menunjukkan
bahawa satu daripada tiga orang
murid sekolah mengalami sama
ada masalah berlebihan berat
badan atau obes.
Pakar program pemakanan dari
Universiti Sains Malaysia (USM),
Prof. Dr. Hamid Jan Jan Mohamed
berkata, masalah malnutrisi
berada di tahap yang serius dan
tidak selari dengan pembangunan
negara.
Menurut beliau, satu daripada
lima kanak-kanak di Malaysia
mempunyai masalah bantut yang
menggambarkan mereka tidak
mempunyai zat makanan yang
mencukupi terutama sejak dari
rahim ibu mereka lagi.
“Masalah akan berlaku apabila
bercerai susu iaitu apabila si
ibu mula memperkenalkan
complementary food (makanan
pelengkap). Sekiranya ibu itu jenis
prihatin, rajin dan ada ilmu tentang
pemakanan maka bayi itu akan
diberikan makanan-makanan yang
sihat.
“Masalah bantut ini kita tidak
boleh reverse (menterbalikkan)
semula, biasanya selepas kanakkanak itu berumur dua tahun
maka ia sudah terlambat sebab
itu pentingnya program intervensi
awal,” katanya kepada Utusan
Malaysia.
Dr. Hamid Jan berkata, Program
Makanan Kesihatan (PROMAK)
oleh PadiBeras Nasional Bhd
(BERNAS) boleh membantu bagi
memastikan pertumbuhan otak
dan menjaga kesihatan secara
umum.
“Dari segi kajian, kebanyakan
kanak-kanak yang mengalami
masalah malnutrisi adalah daripada
keluarga yang berpendapatan
rendah. Mungkin ibu bapa mereka
tidak mampu untuk membeli
makanan yang sihat.
“Jadi PROMAK boleh
membantu murid-murid sekolah
memperoleh makanan yang sihat
dan memenuhi nutrisi diperlukan.
Program seperti ini memang bagus
dan saya amat sokong,” katanya.
Sependapat dengan itu, Pakar
Perubatan Kesihatan Awam di
Fakulti Perubatan Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM),
Prof Dr. Sharifa Ezat Wan Puteh
berkata, penting untuk kanakkanak atau pelajar sekolah
memperoleh makanan sihat dan
nutrisi yang mencukupi.
Jelasnya, masalah malnutrisi
dilihat semakin serius terutama
selepas era pandemik Covid-19
dan jumlah kanak-kanak yang
berhadapan dengan masalah
tersebut di kawasan bandar sudah
meningkat.
“Usaha melalui PROMAK
ini memang bagus dan perlu
diteruskan untuk memastikan
kanak-kanak kita terutama
yang datang daripada keluarga
berpendapatan rendah
mendapatkan nutrisi mencukupi
lalu sekali gus membantu mereka
membesar.
“Pada fasa kanak-kanan ini, jika
kita tidak memberikan mereka
makanan yang berkhasiat dan
bernutrisi maka pertumbuhan
mereka akan terjejas serta
menyebabkan mereka berhadapan
dengan masalah bantut dan
obesity,” jelasnya.
Beliau turut mencadangkan
agar Bernas melalui PROMAK
untuk memberi pendidikan
mengenai pemakanan sihat pada
ibu bapa atau keluarga kanakkanak yang menerima makanan
tengahari tersebut.
“Kita boleh ajar keluarga
berkenaan bagaimana mereka
mahu menyediakan makanan yang
sihat untuk anak-anak mereka
dan apakah makanan yang sesuai
untuk diberikan,” ujarnya
