Tiga hari sembunyi bawah almari, tedung selar 4.2 meter ditangkap

Tiga hari sembunyi bawah almari, tedung selar 4.2 meter ditangkap

HAMDAN Mahadi (kiri) bersama anggota Bomba Sukarela Guchil selepas menangkap seekor ular tedung selar di Kampung Tualang, Kuala Krai, Kelantan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KRAI: Pasukan Bomba Sukarela Guchil menangkap seekor ular tedung selar sepanjang 4.2 meter yang bersembunyi di bawah almari di sebuah rumah di Kampung Tualang, di sini malam tadi.

Pegawai Bomba Sukarela Guchil Hamdan Mahadi berkata, pihaknya pihaknya menerima panggilan pada pukul 11.27 malam dan tiba di lokasi 10 minit kemudian.

“Saya bersama tiga anggota mengambil masa  tujuh minit untuk menangkap ular tersebut.

“Kami berdepan kesukaran menangkap ular tedung selar seberat lapan kilogram itu kerana ruangan di bawah almari itu terlalu sempit,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Hamdan memberitahu, pihaknya dimaklumkan oleh pemilik rumah berkenaan ular tersebut sudah tiga hari berada di bawah almari tersebut. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN