KUALA LUMPUR: Permodalan Nasional Berhad (PNB) melalui Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) memperkenalkan kempen #SimpanJe & Tambah” dan “#SimpanJe & Menang” bermula Januari 2025, bagi memupuk kesedaran tentang pengurusan kewangan dalam kalangan rakyat.
Sehingga kini, muat turun aplikasi MyASNB telah mencatatkan peningkatan pengguna berdaftar dan muat turun pada 2024 dengan mempunyai pengguna myASNB berdaftar seramai 3.77 juta dan jumlah muat turun kumulatif sebanyak 7.24 juta.
Presiden dan Ketua Eksekutif PNB, Dato’ Abdul Rahman Ahmad berkata, kempen itu akan memberi ganjaran kepada pemegang unit yang mengekalkan dan menambah simpanan mereka selama suku pertama tahun tersebut.
“Sebagai contoh, untuk kempen “#SimpanJe & Tambah”, pemegang unit dengan baki pegangan minimum tertentu dan membuat pelaburan tambahan sehingga RM3,000 akan menerima ganjaran tambahan sebanyak sehingga 1.5 peratus pulangan tahunan.
“Mereka yang menyertai “#SimpanJe & Menang” pula boleh memenangi hadiah seperti pakej umrah atau melancong ke Eropah, telefon pintar dan pelbagai baucar menarik.
“Selain itu, pemegang unit juga boleh menggunakan ‘Auto labur’ sebagai sebahagian daripada strategi simpanan automatik. Ini menggalakkan simpanan dan pelaburan yang konsisten, membantu membina kekayaan dari semasa ke semasa,” katanya.
Jelas beliau, platform digital Penasihat Pelaburan Robo (Ria) menyediakan pemilihan portfolio automatik, berdasarkan penilaian risiko peribadi yang terdiri daripada Dana Patuh Syariah ASNB, aplikasi superapp myASNB.
Sehingga kini, terdapat 221,846 pengguna berdaftar Ria dan jumlah Aset di Bawah Pengurusan (AUM) sebanyak RM56.4 juta.
“ASNB juga telah bekerjasama dengan Touch n Go Digital sebagai ejen e-dompet pertama dan menawarkan pelaburan dalam unit amanah ASNB untuk rakyat Malaysia melalui Touch ‘n Go eWallet.
“Celik Kewangan Belia Madani pula menyediakan pelaburan awal percuma sebanyak RM50 serta alat kewangan penting kepada satu juta pelajar baharu Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) untuk menggalakkan perancangan kewangan dalam kalangan belia,” katanya.
Dalam pada itu, Abdul Rahman menjelaskan, ASNB turut menawarkan pilihan pelaburan yang fleksibel dan boleh diakses untuk memenuhi pelbagai matlamat kewangan iaitu pelaburan permulaan serendah RM10, memudahkan sesiapa sahaja untuk memulakan pelaburan mereka.
“ASNB juga membolehkan ibu bapa memulakan tabung simpanan menerusi pelaburan untuk masa depan anakanak yang selamat dan tersusun kepada generasi akan datang, memastikan pelaburan diuruskan secara bertanggungjawab,” katanya.
Beliau memaklumkan, dividen diberikan dalam bentuk unit tambahan, yang dilaburkan semula secara automatik.
“Ini membolehkan pelabur yang tidak membuat pengeluaran mendapat manfaat daripada kuasa pengkompaunan, meningkatkan nilai pelaburan mereka dari semasa ke semasa.
“Selain itu, ASNB menawarkan pilihan Hibah Amanah bagi mereka yang ingin mewariskan kekayaan kepada generasi akan datang, memastikan manfaat pelaburan me reka berterusan untuk waris masa depan.
“Ciri-ciri ini menjadikan unit amanah ASNB sebagai alat yang berkuasa untuk membina kekayaan dan pemindahan kekayaan antara generasi,” katanya.
PNB memaklumkan, kini, terdapat 155 buah sekolah menengah di seluruh Malaysia yang mempunyai Kelab kokurikulum di bawah PNB dan ASNB Kelab Pelaburan Bijak PNB (KPBPNB).
Katanya, ini meningkatkan pengetahuan literasi kewangan dan memupuk tabiat menyimpan yang baik dalam kalangan pelajar.
“Kuiz Pelaburan PNB iaitu pertandingan kuiz mengenai konsep utama yang berkaitan dengan pelaburan, ekonomi, perancangan kewangan, unit amanah dan risiko dan pulangan dalam pelaburan, yang melibatkan kategori peserta yang berbeza turut diadakan.
“ASNB Academy sebagai alat literasi kewangan yang boleh diakses oleh semua rakyat Malaysia, berfungsi sebagai pusat pengetahuan dan rujukan, menawarkan pelbagai maklumat dan nasihat pakar mengenai pelaburan dan perancangan kewangan,” katanya.
Melalui Celik Ke wangan Belia Madani, PNB turut menyediakan pelaburan awal percuma RM50 untuk satu juta pelajar IPTA bagi menyokong objektif Ekonomi MADANI untuk mening katkan li terasi kewangan dan memperluaskan akses kepada peluang ekonomi bagi generasi muda. UTUSAN