Perkasa bumiputera tingkat penyertaan ekuiti, selaras inisiatif kerajaan - Utusan Malaysia

Perkasa bumiputera tingkat penyertaan ekuiti, selaras inisiatif kerajaan

ORANG ramai mengunjungi cawangan ASNB untuk berurusan mengenai akaun simpanan dan pelbagai lagi. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: PNB kekal komited untuk memperkasa komuniti bumiputera dengan menyokong dan menyelaraskan usaha bersama inisiatif kerajaan.

Presiden dan Ketua Eksekutif kumpulan, Dato’ Abdul Rahman Ahmad berkata, ia selaras dengan komitmen yang dibuat pada Kongres
Ekonomi Bumiputera 2024 (KEB), PNB memanfaatkan kekuatan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) untuk terus memperkukuh
dan memperkasakan ekonomi Bumiputera secara mampan.

“Sebagai organisasi bumiputera, PNB memacu penyertaan mereka (bumiputera) dalam negara dengan platform untuk menggembleng
semua simpanan masyarakat bumiputera agar dapat meningkat penyertaan dalam ekuiti di negara kita.

“Jika dahulu kita ada objektif polisi ekonomi negara untuk mencapai sekurang-kurangnya 30 peratus, saya rasa apa yang telah dicapai sekarang kebanyakan menerusi penyertaan bumiputera menerusi pemilikan institusi seperti PNB dan Tabung Haji.

“Oleh itu, kita melihat jumlah aset di bawah pengurusan PNB ketika ini telah melebihi RM349 bilion pada Disember 2024. Ini menunjukkan peningkatan pemilikan ekuiti masyarakat bumiputera dan dalam pasaran Bursa Malaysia, PNB sahaja mempunyai 10 peratus kapitalisasi pasaran bursa,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Menurut beliau, dengan menawarkan pelbagai dana unit amanah, PNB membantu meningkatkan penyertaan bumiputera dalam pembinaan kekayaan dan perancangan kewangan jangka panjang.

“PNB telah memainkan peranan kritikal dalam menyediakan instrumen pemilikan ekonomi bumiputera yang telah berjaya meningkatkan penyertaan bumiputera di dalam pelaburan ekuiti di mana 86 peratus daripada 13 juta pelaburanya adalah
golongan bumiputera.

“Tanpa PNB dan GLIC yang lain pemilikan bumiputera akan menjadi lebih rendah.

“Jumlah Aset di bawah Pengurusan PNB sebanyak RM349 bilion juga bukti pemacuan penyertaan ekonomi bumiputera selama 40 tahun penubuhannya,” katanya.

Justeru, beliau berkata, pihaknya akan terus meningkatkan simpanan golongan bumiputera dengan PNB.

“Apabila meningkatnya pelaburan golongan bumiputera, secara tidak langsungnya pemilikan ekuiti bumiputera turut meningkat,” katanya.

Jelas Abdul Rahman, PNB akan bekerjasama dengan Pelaburan Hartanah Berhad (PHB) dan Ekuinas yang telah disatukan di bawah
Yayasan Pelaburan Bumiputra (YPB) untuk melaksanakan pelaburan ini dan meningkatkan penyertaan bumiputera.

“Selari dengan visi kerajaan ini, PNB memastikan usahausaha untuk memperkasa bumiputera turut menyumbang kepada matlamat
pembangunan negara secara keseluruhan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN