JKR, PDRM juara kejohanan boling agensi penguatkuasaan Perlis - Utusan Malaysia

JKR, PDRM juara kejohanan boling agensi penguatkuasaan Perlis

PARA pemain dari pasukan agensi-agensi penguatkuasaan negeri ini bergambar bersama sempena kejohanan boling berpasukan agensi penguatkuasaan Perlis 2025 di Kangar, Perlis malam tadi.-UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Pasukan Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) muncul juara masing-masing bagi kategori VIP dan terbuka dalam kejohanan boling berpasukan agensi penguatkuasaan Perlis 2025 di sini, malam tadi.

Trio dari pasukan JKR terdiri daripada Farizal, Azwan dan Ahmad Farhan melakukan 1,584 jatuhan pin untuk muncul juara kategori VIP sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM500 selain trofi dan hamper.

Tempat kedua dan ketiga kategori tersebut masing-masing dimenangi oleh pasukan Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perlis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri.

Manakala trio dari PDRM terdiri daripada Fauzi, Ashaari dan Hafizuddin yang melakukan 1,617 jatuhan pin pula muncul juara kategori terbuka sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM700, trofi dan hamper.

Naib juara dan tempat ketiga bagi kategori terbuka itu masing-masing diungguli oleh pasukan dari Agensi Kawalan Dan Perlindungan Sempadan (AKPS) dan Pusat Koreksional Perlis.

Kejohahan kali kedua anjuran Kelab Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri yang dirasmikan Pengarah JPJ negeri, Noraini Mohd Nawi itu disertai 20 pasukan agensi penguatkuasaan negeri ini.

Noraini dalam ucapannya berkata, kejohanan tersebut bukan sahaja platform yang memberi peluang saling mengenal dengan lebih rapat sebaliknya turut membina jalinan kerjasama dalam urusan kerja.

“Saya juga ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih kepada agensi dan jabatan yang telah menyertai kejohanan ini. sebanyak 20 pasukan terdiri daripada agensi-agensi penguatkuasaan negeri menyertai kejohanan ini.

“Saya juga dapat melihat semangat kesukanan yang tinggi yang dipamerkan setiap pasukan bertanding. Kejohanan ini bukan sahaja satu platform yang memberi peluang untuk kita kenal mengenal dengan lebih rapat namun ia juga dapat membina jalinan kerjasama dalam urusan kerja,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN