Cemas lihat harimau kumbang cedera lintas jalan

Pengguna cemas lihat harimau kumbang cedera lintas jalan

SEEKOR harimau kumbang sesat yang dipercayai dilanggar kenderaan di Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat Kem Semur, Gua Musang, Kelantan, semalam. - IHSAN PENGGUNA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Pengguna laluan Gua Musang-Kuala Krai dekat Kem Semur di sini, cemas melihat seekor harimau kumbang yang sesat dan dipercayai cedera dilanggar sebuah kenderaan, melintas jalan di kawasan tersebut, semalam.

Seorang pengguna jalan raya, Nor Fadzilah Abu Naim, 42, berkata, kejadian pukul 4.30 petang itu berlaku semasa dia dalam perjalanan dari Gua Musang ke Kampung Renok.

“Sebelum tiba di lokasi kejadian, saya lihat kenderaan yang berada di hadapan bergerak perlahan. Kemudian, saya ternampak seekor haiwan berwarna hitam yang awalnya disangka anjing.

“Namun selepas diamati secara jelas, saya terkejut apabila mendapat haiwan itu sebenarnya seekor harimau kumbang,” katanya hari ini.

Nor Fadzilah berkata, semasa kejadian itu haiwan tersebut masih hidup dan mengalami kecederaan di bahagian punggung.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan, Mohamad Hafid Rohani berkata, pihaknya belum menerima aduan berkaitan kejadian terbabit. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN