MELALUI KEMPEN “ONEXOX LUCKY ANGPAW HUAT AH!
PETALING JAYA : ONEXOX Sdn. Bhd., anak syarikat XOX Berhad, mengajak lebih 2.5 juta pelanggannya untuk memeriahkan sambutan Tahun Baharu Cina 2025 melalui kempen “ONEXOX Lucky Angpow Huat Ah!” yang berlangsung sehingga 18 Februari.
Pelanggan berpeluang membawa pulang hadiah terkumpul sebanyak RM31,000, termasuk hadiah utama sebanyak RM8,888, sebagai tanda penghargaan kepada sokongan mereka selama ini.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif/Pengarah Perniagaan Pengguna ONEXOX, Bobie Farid Shamsuddin, kempen ini bertujuan meraikan perpaduan rakyat Malaysia dan menambah keceriaan perayaan Tahun Baru Cina.
“Tahun Baharu Cina bukan hanya satu perayaan, tetapi peluang untuk kita semua sebagai rakyat berbilang kaum di Malaysia berkongsi kebahagiaan perayaan ini. Kempen ini adalah cara kami menghargai sokongan pelanggan dan memeriahkan lagi sambutan mereka dengan peluang memenangi hadiah lumayan,” katanya.
Kempen ini terbuka kepada semua pelanggan ONEXOX yang hanya perlu melanggan, menambah nilai, atau membayar bil minimum sebanyak RM30 sepanjang tempoh kempen untuk melayakkan diri. Aktifkan auto debit untuk pembayaran bil anda dan dapat 3 kali ganda penyertaan, sekali gus meningkatkan lagi peluang untuk menang hadiah daripada kempen ini.
Hadiah yang ditawarkan:
- Hadiah Utama: RM8,888 (x1)
- Hadiah Kedua: RM888 (x5)
- Hadiah Ketiga: RM88 (x100)
- Hadiah Saguhati: Baucar Kredit RM8.80 (x1,000)
Untuk menambah kemeriahan tahun ini, ONEXOX bukan hanya menawarkan hadiah wang tunai yang lebih besar malah turut membuka kempen tahun ini kepada semua jenis pelan termasuk pelan prabayar dan pascabayar.
Jika anda belum menjadi salah seorang pengguna ONEXOX, ini adalah waktu terbaik untuk berhijrah ke ONEXOX kerana mereka baru sahaja memperkenalkan pelan prabayar era terkini, ONE-X, yang menawarkan data lebih besar, pelan tempoh sah tahunan yang lebih berpatutan, kelajuan data pantas 5G dan pelan bulanan serendah RM18 sebulan.
Jika anda mendaftar pelan ONE-X sebelum 28 Februari 2025, anda bakal menikmati 3 kali ganda data pantas sempena promosi untuk pengguna terawal. Bukan itu sahaja, dengan mendaftar pelan ONE-X & tambah nilai RM30, anda secara automatik layak untuk menyertai kempen “ONEXOX Lucky Angpow Huat Ah”.
“Kempen ini merupakan salah satu usaha untuk memberi peluang kepada pelanggan ONEXOX meraih ganjaran menarik, selaras dengan komitmen syarikat dalam memberikan pengalaman terbaik kepada semua penggunanya di Malaysia,” tambah Bobbie.
Sejak dilancarkan pada tahun 2014, ONEXOX Sdn. Bhd. terus berkembang pesat dengan lebih 2.5 juta pelanggan aktif, menjadikannya salah satu jenama telekomunikasi yang dipercayai di Malaysia.
Terokai dunia ketersambungan ONE-X, layari ONEXOX.MY – UTUSAN