LBS umum strategi 8x8 untuk tempoh 3 tahun Mesyuarat Town Hall 2025

LBS umum strategi 8×8 untuk tempoh 3 tahun

Tan Sri Ir. Dr. Lim Hock San, Pengerusi Eksekutif Kumpulan LBS bersama lembaga pengarah dan pengurusan kanan dan hampir seramai 450 kakitangan LBS, berkumpul di Mesyuarat Tahunan “Town Hall” 2025.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Strategi korporat tiga tahun bakal dilaksana dari 2025 hingga 2027
– Rancang pelancaran projek dengan jumlah GDV RM8.0 bilion berteraskan 8 Fokus Utama
– Meraikan legasi LBS dan semangat solidariti warga kerja

PETALING JAYA: Pemaju hartanah terkemuka pilihan rakyat, LBS Bina Group Berhad (Kumpulan LBS) telah memperkenalkan Strategi 8 x 8 yang dinamik semasa Mesyuarat ‘Town Hall’ LBS 2025 yang telah diadakan pada 23 Januari lalu.

Pelan hala tuju korporat tiga tahun ini bermula pada 2025 hingga 2027, bertujuan meningkatkan pencapaian Kumpulan ke tahap yang lebih tinggi, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju dalam industri pembangunan hartanah.

Teras utama Strategi 8 x 8 adalah komitmen LBS untuk melancarkan rangkaian projek dengan jumlah nilai pembangunan kasar (GDV) sekitar RM8.0 bilion untuk tempoh tiga tahun akan datang, berteraskan lapan fokus utama:
1- Perumahan
2- Industri & Komersial
3- Pengoptimuman Bank Tanah
4- Pencapaian Kecemerlangan
5- Peningkatan Keupayaan Pekerja
6- Pengalaman Pelanggan
7- Kemajuan Kelestarian
8- Kesejahteraan Komuniti

Di bawah rancangan pembangunan LBS, Kumpulan komited untuk membangunkan kediaman yang merealisasikan impian rakyat Malaysia untuk memiliki rumah sendiri.

Projek-projek ini akan merangkumi pelbagai jenis kediaman yang terletak di kawasan bandar utama, terutamanya di Lembah Klang, Pahang, Johor dan Perak.

LBS akan terus memperluaskan kawasan perbandaran yang sedia ada, menyedari bahawa pembangunan ini penting untuk memacu pertumbuhan bandar yang mampan, meningkatkan kualiti hidup, dan merangsang pembangunan ekonomi.

Antara kawasan perbandaran yang sedang dibangunkan termasuk KITA @ Cybersouth, LBS Alam Perdana, Bandar Saujana Putra, serta Rimbawan – sebuah pembangunan utama berkonsep mesra alam yang telah dilancarkan pada Oktober 2024.

Selain projek perumahan, LBS akan membangunkan hab industri dan komersial yang disesuaikan dengan keperluan perniagaan moden, di mana ia akan ditempatkan secara strategik untuk memastikan akses mudah ke rangkaian infrastruktur dan logistik, sekali gus meningkatkan kecekapan operasi.

Ini mencerminkan komitmen LBS untuk mewujudkan ekosistem mesra perniagaan yang menyokong pembangunan ekonomi jangka panjang dan berdaya saing.

Dengan pembangunan hartanah kekal sebagai perniagaan terasnya, LBS juga sedang meneroka cara inovatif untuk mengoptimumkan bank tanahnya.

Sebagai contoh, ladang solar berkapasiti 43 MWp milik Kumpulan di Senawang, Negeri Sembilan, dijangka siap menjelang akhir 2025, dan bakal beroperasi untuk menyokong matlamat tenaga lestari, serta menjana pendapatan berulang untuk Kumpulan.

Baki Lima Fokus Utama ini bertujuan untuk membezakan LBS daripada pesaing dan meningkatkan kecekapan serta keberkesanan operasi.

Dengan mengamalkan penambahbaikan berterusan, LBS berusaha untuk menjadi yang terbaik dan berhasrat untuk melengkapkan warga kerjanya dengan budaya kerja yang membolehkan mereka berinovasi dalam pertumbuhan professional mereka.

Bagi pelanggan, Kumpulan berazam untuk memberikan pengalaman yang luar biasa dengan memastikan setiap interaksi adalah peribadi, lancar dan bermakna.

Kelestarian juga menjadi tonggak utama strategi ini, dengan elemen mesra alam diterapkan dalam setiap produk, dari reka bentuk hingga penyiapan, untuk memelihara alam sekitar.

Akhirnya, selaras dengan komitmen terhadap kesejahteraan komuniti, Kumpulan berusaha untuk mewujudkan ruang yang inklusif dan memberi inspirasi bagi menggalakkan rasa perpaduan sambil mempromosikan kehidupan yang berhubung dan bertenaga.

Melalui pelaksanaan Strategi 8 x 8, LBS bersedia untuk berubah menjadi kuasa dinamik dalam pembangunan hartanah, dipacu oleh visi progresif untuk mentakrifkan semula kecemerlangan dan inovasi dalam industri tersebut.

Kumpulan ini komited untuk membina komuniti yang berdaya hidup, lestari, dan ruang yang menarik, yang mampu memberi inspirasi serta meningkatkan gaya hidup masyarakat.
Pengerusi Eksekutif Kumpulan LBS, Tan Sri Dato’ Sri Ir. Dr. Lim Hock San berkata, LBS terus berdiri sebagai lambang kualiti dan inovasi dalam industri pembangunan hartanah.

Dengan asas yang dibina berteraskan kepercayaan serta rekod kejayaan yang terbukti, Strategi 8 x 8 akan menjadi panduan untuk fasa pertumbuhan seterusnya.

“Kami komited sepenuhnya untuk melebihi jangkaan pembeli rumah dan pihak berkepentingan, sekali gus mentakrifkan semula maksud membina warisan kecemerlangan.”

Dalam Mesyuarat ‘Town Hall’ Tahunan dengan tema ‘The Power of Believe, Become and Behold,’ acara berinspirasi warna-warna neon telah diadakan di SJK (C) Sg. Way, Petaling Jaya, lokasi yang sama seperti Mesyuarat ‘Town Hall’ sulung pada tahun 2012, menjadi titik nostalgia yang penuh berinspirasi bagi Kumpulan.

Dari 160 kakitangan, LBS kini telah berkembang menjadi tenaga kerja yang kukuh dengan lebih daripada 450 kakitangan, masing-masing memainkan peranan penting dalam kejayaan berterusan Kumpulan.

Acara ini meraikan pencapaian luar biasa dengan menggabungkan tradisi dan inovasi. Sambutan dimulakan dengan persembahan Tarian Singa Tradisional yang meriah, diikuti dengan persembahan warga kerja yang mencerminkan semangat perpaduan yang kukuh.

“Tahun 2024 telah menjadi tahun pertumbuhan yang luar biasa bagi LBS, dengan pencapaian yang cemerlang dalam pembangunan peribadi, budaya organisasi, dan prestasi korporat.

“Melangkah ke hadapan, kekuatan kami terletak pada pasukan yang bersatu dan dan semoga kakitangan LBS akan terus manfaatkan momentum ini dan mencapai kejayaan yang lebih besar,” tambah Tan Sri.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN