MVV City bawa pencapaian baharu pembangunan di Negeri Sembilan - Utusan Malaysia

MVV City bawa pencapaian baharu pembangunan di Negeri Sembilan

AMINUDDIN Harun (tengah) merasmikan Majlis Pecah Tanah MVV City di Seremban semalam. – UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Pembangunan projek MVV City di sini hasil kerjasama strategik awam swasta antara Perbadanan NS dan syarikat Matrix Concepts Holdings Berhad (Matrix Concepts) dilihat sebagai pencapaian baharu pembangunan di Negeri Sembilan.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, dengan keluasan 2,382 ekar (963 hektar), MVV City secara jelas akan menjadi pemangkin kepada pembangunan negara sekali gus memberi manfaat kepada rakyat dan kerajaan menerusi pembangunan katalis dengan integrasi teknologi pintar, amalan mampan dan reka bentuk berteraskan komuniti.

“Dengan gabungan amalan lestari beserta reka bentuk inovatif, bandar ini bakal menyatukan infrastruktur canggih dan teknologi pintar untuk meningkatkan kehidupan seharian.

“Sebagai ekosistem yang ber­kembang pesat, MVV City bakal menjadi pusat kepada zon industri berteknologi tinggi, kawasan perumahan premium, pusat perniagaan yang dinamik dan institusi pendidikan bertaraf dunia, khususnya institut pengajian tinggi dengan inovasi dan teknologi yang moden.

“Tumpuan Matrix Concepts terhadap pembangunan industri yang kukuh, pembangunan bercampur dan kediaman memastikan bahawa MVV City bukan sahaja akan merancakkan aktiviti pelaburan tetapi juga mewujudkan peluang yang saksama untuk menyertai dan mendapat manfaat daripada pertumbuhan ekonomi dan pembangunan,” katanya sewaktu berucap pada Majlis Pecah Tanah MVV City di sini semalam.

Sementara itu, Pengerusi Matrix Concepts, Datuk Mohamad Haslah Mohamad Amin berkata, majlis pecah tanah itumerupakan simbolik permulaan rasmi pembangunan baharu di kawasan Parcel B bagi menterjemahkan cadangan pelan MVV 2.0.

“Diberi julukan ‘pulse of the future’ MVV City mendukung nadi masa depan negara dan akan meluaskan lagi visi pembangunan komuniti,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN