MBSB lancar PrimeGold-i pelaburan emas digital mampu milik

MBSB lancar PrimeGold-i pelaburan emas digital mampu milik

Ketua Cawangan Pengedaran MBSB Bank, Nazzi Beck (kanan) dan Ketua Pegawai Perbankan Pengguna MBSB Group, Usman Ghouse (kiri) ketika melancarkan ‘PrimeGold-I’, platform pelaburan emas digital yang memudahkan pemilikan dan pelaburan emas lebih berpatutan dan selamat baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: MBSB Bank Bhd. melancarkan PrimeGold-i, platform pelaburan emas digital yang menjadikan pemilikan emas mudah diakses, mampu milik dan selamat kepada pelanggannya.

Platform PrimeGold-i itu bermula 11 November 2024 hingga 28 Februari 2025.

PROMOSI PrimeGold-i MBSB, yang boleh bermula serendah RM10.

PrimeGold-i yang direka untuk rakyat Malaysia dan bukan warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas yang memegang Akaun Semasa atau Simpanan dengan MBSB Bank berkonsepkan Syariah Wakalah.

MBSB Bank Bhd berkata, platform itu membenarkan individu melabur dalam emas dengan jumlah minimum RM10.

“PrimeGold-i merupakan platform patuh syariah memastikan pelaburan sejajar dengan prinsip kewangan Islam sambil disokong pelaburan bersandarkan emas fizikal.

“Kami menawarkan penyelesaian pelaburan yang mampu milik dan fleksibel untuk membantu anda mencapai matlamat kewangan dengan mudah.

“Nikmati kelebihan pelaburan emas sambil memastikan masa depan lebih terjamin. Jangan lepaskan peluang untuk membina hari esok yang lebih cerah bersama PrimeGold-i,” katanya dalam kenyataan.

Menurut MBSB, bagi pelanggan baharu yang mahu melabur dalam PrimeGold-i dengan melalui cawangan iaitu buka akaun CASA di mana-mana cawangan, lengkapkan borang pembukaan akaun PrimeGold-i minimum RM10, setelah berjaya jumlah pelaburan yang dipersetujui akan didebitkan ke akaun CASA, seterusnya anda akan menerima email dan SMS pengaktifan akaun.

Ketua Pemasaran Pengguna MBSB Bank, Jenny Hoh (kiri) Ketua Pengurusan Harta, Mohd. Nazir Abu Bakar (tengah) serta Ketua Pegawai Perbankan Pengguna Kumpulan MBSB, Usman Ghouse (kanan) menunjukkan emas yang telah diubah menjadi fizikal. Pengguna boleh menukar kepingan emas kepada emas fizikal serendah 0.5gram.

“Bagi pelanggan sedia ada boleh masuk log ke M Journey, pilih bahagian mohon dan pilih ‘M PrimeGold’ untuk memulakan pembukaan akaun seterusnya setelah berjaya anda juga akan menerima email serta SMS pengaktifan akaun.

“Bagi yang memohon pembiayaan Peribadi-i, semasa permohonan Pembiayaan Peribadi -i pilih pilihan PrimeGold-i dengan nilai emas awal minimum RM500, setelah lulus dan pembiayaan disalurkan RM500 daripada jumlah yang diluluskan akan dikreditkan terus ke akaun PrimeGold-i anda dan setelah lulus, akan menerima email dan SMS pengaktifan akaun,” katanya.

Jadilah 200 pelanggan pertama yang melabur RM500 dalam PrimeGold-i dan dapatkan emas emas bullion 0.5 gram! Bertindak segera dan terhad kepada 200 pelanggan pertama sahaja! – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN