LGS dinobat Operator Pelancongan Golf Terbaik Indonesia 2024

Leisure Golf Services dinobat Operator Pelancongan Golf Terbaik Indonesia 2024

LEISURE Golf Services dinobat Operator Pelancongan Golf Terbaik Indonesia 2024 oleh World Golf Award.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Leisure Golf Services (LGS) dinobatkan sebagai Operator Pelancongan Golf Terbaik Indonesia 2024 oleh World Golf Award.

Dengan kemenangan itu, LGS yang mula bertapak di bumi Indonesia hampir 12 tahun lalu, kini semakin dikenali dan diiktiraf sebagai sebuah syarikat agensi pelancongan yang dipercayai oleh kelab-kelab golf terkemuka di Jakarta, Indonesia.

Pengiktirafan dan kepercayaan itu diberikan oleh kelab-kelab golf antaranya Sedayu Golf Club (GC), Imperial GC, Gunung Geulis GC, Rainbow Hills GC, Parahyangan G, Jatinangor GC, Taman Dayu GC dan banyak lagi kepada LGS berikutan syarikat agensi pelancongan itu berjaya membantu mempromosi kelab-kelab golf tersebut dengan membawa ribuan pemain golf dari serantau Asia beraksi di situ.

Ketua Pegawai Eksekutif LGS, Steven Leow berkata, beliau amat berterima kasih kepada semua pihak yang memilih LGS sebagai Operator Pelancongan Golf Terbaik Indonesia 2024.

Katanya, anugerah daripada World Golf Award itu cukup bernilai kerana ia membuka jalan dan ruang kepada LGS untuk terus memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan LGS.

“Saya cukup menghargai dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sama ada syarikat, kelab atau pemain-pemain golf yang mengundi dan memilih LGS.

“Bukan senang untuk meraih anugerah berprestij ini kerana LGS perlu bersaing dengan beberapa operasi lain yang tidak kurang hebatnya di Jakarta,” katanya kepada Utusan Online.

Menurut Steven, sejak awal bertapak di Jakarta pada tahun 2013, pelbagai cabaran yang dihadapinya sebelum LGS dikenali dan diiktiraf hari ini.

Katanya, antara cabarannya ialah terpaksa bersaing dengan agensi-agensi pelancongan sedia ada yang bertapak di Jakarta sama ada agensi pelancongan itu milik rakyat Malaysia mahupun milik warga Indonesia itu sendiri.

“Cabaran utamanya ialah dari segi persaingan dalam usaha menarik pelanggan menggunakan perkhidmatan agensi masing-masing. Bagaimanapun LGS tidak menumpukan kepada keuntungan semata-mata, sebaliknya lebih menekankan kepada perkhidmatan terbaik, kepuasan dan keselesaan pelanggan.

“LGS memberi perkhidmatan sepenuhnya dengan mengutamakan kepuasan dan keselesaan pelanggan baik dari segi penginapan, pengangkutan dan padang golf. Selain itu, LGS juga turut menyediakan perkhidmatan polis pengiring bagi melancarkan perjalanan ke setiap destinasi.

“Semua orang tahu bahawa di Jakarta keadaan kesesakan lalu lintas cukup memeningkan kepala. Justeru, LGS memikirkan perlu ada polis pengiring bagi melancarkan perjalanan supaya sampai ke destinasi yang dituju dengan tepat pada waktunya,” katanya

Mengulas mengenai kejohanan golf di Jakarta, Steven berkata, dalam setahun, LGS berjaya menganjurkan kira-kira enam kali kejohanan golf membabitkan hampir 10,000 peserta terdiri dari Malaysia, Brunie dan Singapura di mana secara purata setiap kejohanan terdiri antara 60 hingga 80 peserta.

Kejohanan-kejohanan itu diadakan di Jakarta, Bandung, Jogjakrata dan Surabaya. Selain itu, LGS juga turut menyediakan perkhidmatan percutian golf dan keluarga ke Thailand, Vietnam dan Kemboja pada harga yang berpatutan.

Kepada mereka yang berminat untuk menggunakan perkhidmatan LGS, boleh layari https://www.leisuregolfservices.com/ atau hubungi talian (+62) 818 0263 3888. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN