Burger Prosperity kembali, raikan tiga dekad tradisi bersama McDonald’s Malaysia

Burger Prosperity kembali, raikan tiga dekad tradisi bersama McDonald’s Malaysia

KEMUNCULAN 30 buah kenderaan Grab sempena kerjasama McDonald’s Malaysia bersama penyedia khidmat e-hailing itu pada pelancaran semula Burger Prosperity
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: McDonald’s Malaysia sekali lagi membawa kegembiraan kepada rakyat Malaysia dengan kembalinya Prosperity Burger yang dinanti-nantikan setiap tahun.

Produk kebanggaan yang diperkenalkan sejak tahun 1994 itu hadir dengan sos lada hitam istimewanya dan telah menjadi tradisi yang disayangi serta ditunggu-tunggu setiap hujung tahun sehingga awal tahun berikutnya.

Menurut Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran McDonald’s Malaysia, Melati Abdul Hai, inovasi istimewa yang lahir dari Malaysia kini telah dinikmati oleh peminat di negara-negara Asia lain dan ia merupakan salah satu kejayaan terbesar jenama itu.

AZMIR Jaafar (kanan) dan Melati Abdul Hai merasmikan kemunculan semula burger ikonik, Burger Prosperity dalam sidang akhbar di McDonald’s cawangan Bukit Bintang.

“Prosperity Burger adalah antara kebanggaan kami, produk yang bermula di Malaysia. Melihatnya diterima di seluruh rantau ini adalah sesuatu yang sangat menyentuh hati dan membuktikan keunikan daya tarikannya

“Bagi kebanyakan rakyat Malaysia, burger tersebut lebih daripada sekadar hidangan, ia juga membawa 30 tahun kenangan, tradisi keluarga dan kegembiraan bersama,” katanya dalam sidang akhbar kemunculan semula Prosperity Burger di McDonald’s cawangan Bukit Bintang di sini, Isnin lalu.

Menurutnya, Prosperity Burger telah menjadi lebih daripada sekadar hidangan bagi rakyat Malaysia.

“Sos lada hitamnya yang unik dan menyelerakan menjadikannya dekat di hati pelanggan, melambangkan tradisi perpaduan yang merentasi semua lapisan masyarakat,” ujarnya.

Tambah Melati, burger ini membawa kegembiraan kepada rakyat Malaysia, sama ada dinikmati bersama keluarga, rakan-rakan atau semasa perayaan istimewa.

Katanya, McDonald’s Malaysia juga melihat burger itu sebagai simbol komitmen mereka untuk mencipta pengalaman yang mencerminkan hubungan dengan komuniti tempatan.

Menurutnya, bertemakan ProsperityKu, kempen ini memberi fokus kepada idea kebersamaan dan mengenang apa yang benar-benar penting dalam hidup seperti hubungan bersama keluarga, rakan serta komuniti.

“Tema ini menambah sentuhan peribadi kepada makna prosperity.

“ProsperityKu melambangkan kebahagiaan yang kita kongsi bersama orang tersayang serta ia tentang hubungan yang menjadikan hidup kita bermakna. Bagi McDonald’s Malaysia, peranan kami bukan sekadar menyajikan makanan tetapi juga menyatukan rakyat Malaysia melalui inisiatif yang meraikan hubungan dan kisah unik komuniti tempatan,” katanya.

BURGER Prosperity yang dinantikan selama tiga dekad hadir dengan sos lada hitamnya yang unik.

Ditanya berkenaan aktiviti komuniti kempen ProsperityKu, Melati berkata McDonald’s Malaysia turut memperkukuh peranan mereka sebagai jenama yang menyatukan masyarakat.

“Tema berkenaan mencerminkan kemakmuran sebenar yang bukan diukur dengan kekayaan, tetapi hubungan yang kita kongsi dan kebahagiaan bersama insan tersayang.

“Dengan kempen tersebut, McDonald’s Malaysia berharap dapat terus meraikan ikatan yang menyatukan rakyat Malaysia sambil menyokong komuniti dalam pelbagai cara,” tambahnya.

Jelas Melati, tema utama sempena kemunculan semula Prosperity Burger kali ini adalah “Prosperity sebenar bukanlah pada apa yang kita miliki, tetapi pada siapa yang kita ada”.

Untuk meraikan kembalinya Prosperity Burger, McDonald’s Malaysia melancarkan filem pendek jenama bertajuk “ProsperityKu”.

Kata Melati, filem itu menggambarkan bagaimana menu istimewa ini menyatukan rakyat Malaysia merentas generasi serta mengingatkan semua tentang kehangatan, kebahagiaan dan hubungan yang menjadi asas kepada makna prosperity.

“Bagi kami di McDonald’s Malaysia, prosperity bukanlah tentang kekayaan atau harta benda, ia tentang orang di sekeliling kita iaitu sahabat, keluarga dan komuniti yang memberikan makna kepada kehidupan.

“Melalui filem yang menyentuh hati tersebut, kami berharap dapat mengingatkan rakyat Malaysia bahawa momen yang benar-benar bermakna adalah saat-saat yang dikongsi bersama insan tersayang.” katanya.

Bermula 2 Disember, Prosperity Burger yang ikonik ini boleh dinikmati di semua cawangan McDonald’s Malaysia.

Sebelum pelancaran rasminya, rakyat Malaysia telah diberi peluang untuk merasai burger ini lebih awal melalui penghantaran eksklusif GrabFood dari 29 November hingga 1 Disember 2024.

Kerjasama khas ini menunjukkan penghargaan McDonald’s Malaysia terhadap sokongan berterusan GrabFood dan menambah keterujaan terhadap kembalinya burger yang disayangi ini.

Tonton filem pendek “ProsperityKu” dan imbau kembali kenangan manis bersama Prosperity Burger dengan melayari: https://youtu.be/cVb7fmo8RNw.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN