Susu Tepung Farm Fresh Grow, dilengkapi probiotik, prebiotik

Susu Tepung Farm Fresh Grow, dilengkapi dengan probiotik, prebiotik

SUSU tepung rumusan yang mengandungi kalsium dan vitamin D, penting untuk tumbesaran dan perkembangan tulang dan gigi yang sihat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Adakah anda memeriksa label ketika membeli susu? Jika ya, anda tidak keseorangan kerana ramai yang melakukannya! Namun, jika anda tidak mempunyai pengetahuan tentang pemakanan, anda akan sering melihat istilah yang mengelirukan pada label makanan tersebut.

Baru-baru ini, seorang doktor gigi, Dr. Zaidatul Hasanah membuat video TikTok yang tular tentang kepentingan membaca label makanan, terutamanya bagi susu kanak-kanak. Beliau menekankan bahawa susu yang mengandungi gula tambahan akan menyebabkan kerosakan gigi dalam kalangan kanak-kanak.

“Sebagai seorang doktor gigi, saya teringin untuk berkongsi mesej yang amat penting tentang susu kanak-kanak. Susu yang mengandungi gula tambahan akan menyebabkan pertumbuhan bakteria yang berbahaya dalam gigi dan sekiranya susu tersebut diminum secara berlebihan, ia mungkin boleh meningkatkan risiko masalah karies gigi dan obesiti. Jadi, saya ingin menasihati para ibu bapa untuk sentiasa memeriksa label makanan dan pastikan tiada gula tambahan ketika membuat pilihan semasa membeli susu untuk anak anda,” katanya.

Dr. Zaidatul Hasanah juga berkongsi bahawa gula tambahan boleh didapati dalam pelbagai bentuk dan nama seperti maltodekstrin, glukosa, sukrosa atau sirap jagung. Selain itu, beliau juga menyarankan agar ibu bapa menghindari susu kanak kanak yang berperisa demi kesihatan dan tumbesaran yang seimbang.

Selain mengelakkan gula tambahan, Dr. Zaidatul Hasanah juga menegaskan susu kanak-kanak yang disertakan dengan probiotik dan prebiotik mempunyai pelbagai manfaat untuk menyokong kesihatan gigi dan kesejahteraan keseluruhan.

“Probiotik dan prebiotik terbaik untuk gigi anak anda. Probiotik adalah organisme baik yang membantu dalam keseimbangan bakteria dalam mulut supaya masalah gusi dan gigi berlubang dapat dielakkan.

“Prebiotik pula berfungsi sebagai makanan untuk bakteria baik dan membantu dalam pertumbuhan probiotik dalam mulut dan usus. Kedua-dua probiotik dan prebiotik memainkan peranan yang penting dalam menyokong pencernaan dan meningkatkan fungsi imun,” ujarnya.

Beliau juga menekankan kepentingan membeli susu kanak-kanak yang membekalkan nutrien penting seperti kalsium dan vitamin D untuk perkembangan tulang dan gigi yang sihat.

Susu tepung rumusan yang kaya dengan nutrien penting

Farm Fresh telah memperkenalkan Susu Tepung Rumusan Farm Fresh Grow untuk kanak-kanak berumur 1-6 tahun yang kaya dengan nutrisi asas seperti kalsium dan vitamin serta protein yang membantu tumbesaran yang seimbang. Susu Tepung Rumusan ini mengandungi nutrisi penting seperti probiotik dan prebiotik yang membantu percernaan dan kesihatan usus.

Kategori BTM (Susu Bayi dan Anak Kecil) kini merupakan penyumbang ketiga yang terbesar, menyumbangkan sebanyak 306 juta liter, mewakili kira-kira 18% daripada jumlah sumbangan dalam kategori susu, berikutan dengan susu berperisa (40%), susu putih (25%), manis susu pekat/susu sejat (12%) dan minuman yogurt/minuman laktat (5%). (Sumber: Kompas 2021, Jumlah Serbuk & Cecair) (pautan: https://www.statista.com/outlook/cmo/food/baby-food/baby-milk-infant-formula/worldwide).

Format tepung masih mendominasi pasaran tetapi dijangka mengalami sedikit penurunan dengan kadar pertumbuhan tahunan kompaun sebanyak -0.4% dari 2021 hingga 2024. Bahagian terbesar mengikut peringkat dalam kategori susu kanak-kanak adalah Peringkat 3 yang menyumbangkan 62%, diikuti dengan bahagian yang sama dalam Peringkat 2 dan Peringkat 1 (formula bayi/khas). (Sumber: Data Global 2021, format serbuk sahaja). (pautan: https://www.statista.com/outlook/cmo/food/baby-food/baby-milk-infant-formula/worldwide)

Dengan pilihan jenama yang semakin banyak di pasaran, kebanyakan ibu bapa kini lebih teliti dalam pemilihan susu tepung formula yang sesuai untuk anak-anak mereka. Sebanyak 11% ibu bapa akan membuat pemeriksaan teliti sebelum pembelian. Berdasarkan sebuah tinjauan (pautan: https://www.statista.com/outlook/cmo/food/baby-food/baby-milk-infant-formula/worldwide ) yang melibatkan 400 ibu, sebanyak 72% daripada ibu hamil dan mereka yang mempunyai anak berumur lebih satu tahun cenderung untuk memeriksa ketulenan produk sebelum membuat pilihan.

Susu Tepung Rumusan Farm Fresh Grow telah diperkenalkan di pasaran pada akhir tahun 2023 dalam bentuk UHT 125ml dan 200ml, dan atas permintaan pemasaran terhadap susu tepung semulajadi, Farm Fresh Berhad memperkenalkan format baharu susu tepung paket besar 500g dan 800g serta 30g dalam bentuk sachet yang mudah bawa ke mana-mana sahaja pada awal tahun 2024.

Misi Farm Fresh Berhad adalah untuk mengeluarkan produk yang fokus pada penggunaan bahan-bahan yang berkualiti tinggi dan semulajadi. Justeru itu, pengeluaran susu tepung rumusan Farm Fresh Grow sejajar dengan misi agar susu tepung yang dihasilkan sesuai dengan keperluan fizikal kanak-kanak tanpa sebarang bahan tambahan dan komplikasi yang tidak diperlukan.

Susu Tepung Rumusan Farm Fresh Grow yang terbaru ini dihasilkan daripada susu segar yang tulen dan dilengkapi dengan probiotik dan prebiotik. Ia juga disertakan dengan lebih 100 juta CFU/100g Bifidobacterium lactis BB-12.

Ia mengandungi 0% maltodekstrin, 0% minyak sayuran, 0% kalsium karbonat, 0% sukrosa, dan susu lembu asli, DHA, inulin, protein, taurina, kalsium semulajadi, magnesium, besi, zink, kolina, dan 22 vitamin dan mineral penting yang lain, seperti Vitamin D3, A, B2, B3, dan C. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN