PETALING JAYA: Vivo Malaysia melancarkan siri X200 Pro dan X200 , telefon pintar terkini yang direka untuk meningkatkan pengalaman fotografi dengan keupayaan telefoto canggih hasil kerjasama dengan ZEISS.
Siri vivo X200 Pro bermula pada harga RM4,699 untuk 512 gigabait (GB) manakala siri X200 pula berharga RM3,599 dengan kapasiti 512GB.
Ketua Pegawai Eksekutif vivo Malaysia, Mike Xu berkata, telefon pintar tersebut turut mempunyai prestasi luar biasa terutama daripada segi telefoto dan jangka hayat bateri.
Selain itu katanya, telefon tersebut mempunyai reka bentuk yang anggun sekaligus menjadikannya telefon pintar terbaik untuk pengalaman konsert.
“Siri vivo X200 menampilkan lensa Telefoto ZEISS APO 200MP yang inovatif. Sistem kamera canggih ini merupakan hasil kejuruteraan bersama ZEISS.Ia memberi pengalaman fotografi mudah alih ke tahap baharu.
“Di samping itu, sistem kamera ini direka untuk berprestasi tinggi dalam situasi pencahayaan rendah dan zoom jarak jauh, menjadikannya pilihan ideal untuk peminat fotografi. Ia terbukti menerusi rakaman landskap yang memukau atau ketika berlangsungnya konsert secara langsung,”katanya semasa pelancaran vivo X200 Pro dan X200 semalam.
Menurut Mike Xu, siri X200 Pro dilengkapi kamera utama ZEISS True Color 50MP, kamera Ultra-Lebar 50MP, dan Kamera Telefoto ZEISS APO 200MP.
“Gabungan ini membolehkan pengguna mengambil gambar subjek jarak jauh dengan perincian yang jelas walaupun dalam keadaan cahaya rendah.
“Dengan enam mod telefoto termaju – HyperZoom Telefoto, Makro Telefoto, Potret Telefoto, Pemandangan Malam Telefoto, dan Senja Telefoto. Vivo X200 Pro ialah peranti fotografi serba boleh,”ujarnya.
Menurut Mike Xu lagi, siri vivo X200 juga menawarkan pelbagai ciri inovatif seperti Mod Super Landscape yang memudahkan tangkapan panorama dengan penambahbaikan automatik untuk gaya tona profesional.
Katanya, ciri video potret sinematik 4K HDR pula memberikan kualiti video yang menakjubkan walaupun dalam pencahayaan mencabar, manakala Super Night Mode memastikan foto tetap terang dan jelas walaupun di tempat gelap.
Selain itu katanya, Vivo X200 Pro dan X200 turut direka untuk mengikuti gaya hidup aktif pengguna di mana bateri Anod Silikon generasi ketiga dan bateri semi pepejal memberikan ketahanan dan kapasiti lebih tinggi walaupun dalam keadaan ekstrem.
“Dengan bateri sehingga 6000mAh dan sokongan pengecasan pantas 90W FlashCharge, pengguna boleh menjalani hari mereka tanpa risau kehabisan tenaga.
“Model vivo X200 Pro turut menyokong pengecasan nirwayar 30W Wireless FlashCharge untuk kemudahan tambahan,”jelasnya.
Apa yang paling penting menurut Mike Xu, sistem operasi bagi siri ini turut mengintegrasikan pelbagai ciri berkuasa AI, seperti AI Note Assist dan AI Transcript Assist, untuk membantu produktiviti harian pengguna.
“Selain itu, siri X200 mengintegrasikan ciri Circle to Search daripada Google, membolehkan anda mencari maklumat dengan mudah dalam imej, video, atau teks tanpa perlu menukar aplikasi.
“Anda hanya perlu membulatkan, menandakan, mencoret, atau mengetik kandungan yang diingini untuk mendapatkan hasil carian yang relevan secara serta-merta,”ujarnya.
Siri vivo X200 menampilkan rekaan anggun dengan skrin Equal-Depth Quad Curved Eye Protection Display untuk keselesaan penggunaan dan visual yang menawan.
Pelanggan yang membuat pratempahan bermula sekarang hingga 22 November akan menikmati hadiah eksklusif seperti beg laptop, vivo 50W Vertical Wireless Flash Charger
atau vivo TWS 3e-UTUSAN