Pusat Mediasi Komuniti bantu selesai konflik dalam masyarakat

Pusat Mediasi Komuniti bantu selesai konflik dalam masyarakat

ORANG awam berkunjung ke Pusat Mediasi Komuniti Putrajaya Peringkat Wilayah Persekutuan Putrajaya 2024.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMENTERIAN Perpaduan Negara melalui Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional (JPNIN) telah mewujudkan Pusat Mediasi Komuniti (PMK) sebagai platform bukan perundangan (litigasi) untuk membantu komuniti dalam menyelesaikan pertikaian dan konflik yang berbangkit di peringkat akar umbi.

Bagi tahun 2024, JPNIN telah memperluaskan perkhidmatan mediasi melalui penubuhan pusat di negeri berikut:

• Perlis: Pusat Mediasi Komuniti KRT Pekan Pauh
• WP Putrajaya: Pusat Mediasi Komuniti WP Putrajaya
• Melaka: Pusat Mediasi Komuniti Daerah Alor Gajah
• Negeri Sembilan

Terdapat empat (4) objektif utama penubuhan Pusat Mediasi Komuniti ini, antaranya:

• Menawarkan perkhidmatkan mediasi bagi membantu menyelesaikan pertikaian dan konflik di peringkat komuniti;

• Memberikan perkhidmatan mediasi secara probono (percuma)

• Memberikan khidmat nasihat dan kaunseling; dan

• Menjalankan aktiviti dan program promosi berkaitan Mediasi.

Julung kalinya Kementerian Perpaduan Negara telah mengadakan Konvensyen Mediator Komuniti pada tahun ini.

Kementerian mempunyai seramai 571 orang Mediator Komuniti bertauliah dan terlatih yang bersedia
untuk memberikan perkhidmatan kepada masyarakat secara percuma.

Tiada bayaran yang dikenakan kepada mana-mana orang awam untuk mendapatkan perkhidmatan
ini tertakluk kepada skop perkhidmatan Mediator Komuniti.

Antara kes-kes yang telah berjaya dikendalikan oleh barisan Mediator Komuniti seperti isu perselisihan faham antara jiran, isu gangguan bunyi bising, kacau ganggu, isu sampah, isu parking, isu haiwan liar, perselisihan berkaitan harta bersama (common property) dan sebagainya. Inisiatif Mengangkasa Mediator Komuniti dirangka oleh Kementerian untuk mencorak masa hadapan Mediator Komuniti yang lebih terarah dan berwibawa.

Antara aspek yang akan diberi tumpuan pastinya berkaitan dengan hal-ehwal perundangan
yang merangkumi tadbir urus kelayakan dan pelantikan, standard kompetensi dan penubuhan badan
yang memberi akreditasi kepada pengantara. Oleh itu, pindaan ke atas Akta Rukun Tetangga 2012
akan dilaksanakan pada tahun ini termasuk penyediaan PeraturanPeraturan Mediasi Komuniti di
bawah Akta RT.

Kementerian akan memastikan kursus dan latihan berkala serta berstruktur diberikan kepada
Mediator Komuniti seperti Kursus Up-Skilling dan Kursus Re-Skilling bagi memperkasakan kebolehan
dan kemahiran mediator dalam mengendalikan kes-kes mediasi.

Oleh itu, Kementerian sedar kepentingan menguasai sesuatu ilmu dalam bidang-bidang tertentu
seperti Literasi Undang-Undang, Asas Psikologi dan Komunikasi serta ilmu hubungan etnik amat berguna dan menjadi nilai tambah kepada Mediator dalam mengendalikan kes-kes mediasi kelak.

Kementerian akan mengkaji untuk melihat potensi mewujudkan satu badan akreditasi Mediator Komuniti untuk menyuntik semangat dan meningkatkan tahap profesionalisme mereka dalam
menggalas tanggungjawab sebagai pendamai masyarakat khususnya mengurus konflik sosial
di peringkat komuniti.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN