Pendapatan LBS Q3FYE 2024 melonjak daripada keuntungan pelupusan, umum dividen khas untuk pemegang saham

Pendapatan LBS Q3FYE 2024 melonjak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Hasil Q3FYE2024 sebanyak RM377.4 juta, PATMI RM164.5 juta

Keuntungan ‘one-off’ selepas cukai sebanyak RM136.9 juta daripada penjualan pelaburan

Pengumuman dividen khas sebanyak 2.6 sen sesaham

PETALING JAYA: LBS Bina Group Berhad (“LBS” atau “Kumpulan”), pemaju hartanah terkemuka pilihan rakyat, hari ini mengumumkan prestasi suku ketiga yang berakhir pada 30 September 2024.

Dengan operasi berterusan, keuntungan selepas cukai dan kepentingan tanpa kawalan (“PATMI”) Kumpulan meningkat empat kali ganda kepada RM164.5 juta, didorong oleh keuntungan one-off selepas cukai sebanyak RM136.9 juta hasil pelupusan pelaburan dalam Zhuhai International Circuit Ltd (“ZICL”), yang secara signifikan meningkatkan keuntungan keseluruhan.

Pelupusan ZICL, yang membuka nilai terpendam tanah tersebut, bukan sahaja mengukuhkan kedudukan kewangan LBS, tetapi juga membolehkan Kumpulan memberi tumpuan kepada penciptaan nilai jangka panjang.

Sejajar dengan keuntungan ‘one-off’ ini, dengan dedikasi Kumpulan untuk memaksimumkan nilai pemegang saham dan memberi pulangan yang konsisten, LBS telah mengumumkan dividen khas sebanyak 2.6 sen sesaham, yang akan dibayar pada 30 Disember 2024.

Ini mewakili nisbah pembayaran sebanyak 30% daripada keuntungan selepas cukai hasil pelupusan ZICL.

Untuk mengekalkan momentum pertumbuhan segmen pembangunan hartanahnya, LBS telah melancarkan Bandar Rimbawan yang berkeluasan 315 ekar pada Oktober tahun ini. Terletak di Genting Highlands, bandar ini dijangka menghasilkan nilai pembangunan kasar (“GDV”) melebihi RM9.5 bilion.

Pada masa yang sama, Kumpulan berjaya melancarkan projek kediaman tinggi pertamanya di Bandar Rimbawan, iaitu pangsapuri servis Bayu Hills, yang merangkumi 642 unit kediaman dengan GDV sebanyak RM453 juta.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan LBS, Tan Sri Dato’ Sri Ir (Dr) Lim Hock San berkata: “Kami berbesar hati untuk mengumumkan dividen khas, yang mencerminkan dedikasi berterusan kami untuk memperkukuh nilai pemegang saham melalui pelupusan strategik ZICL.

Lim Hock San

Katanya dalam satu kenyataan semalam, pada masa yang sama, LBS teruja dengan pelancaran projek-projek yang akan datang termasuk Bandar Rimbawan, yang telah dilancarkan pada Oktober lalu, yang dijangka memacu prestasi dan menyokong pertumbuhan jangka panjang.

“Di sebalik cabaran untuk mencapai sasaran jualan tahun ini, kami tetap yakin dengan strategi kami dan optimis terhadap prospek masa depan.

“Bandar mampu milik kami yang mendapat sambutan baik, KITA @ Cybersouth dan Alam Perdana Central Hub yang turut menerima permintaan tinggi telah menyumbang kepada jumlah jualan sebanyak RM1.2 bilion setakat 28 November 2024, memberi sumbangan positif kepada pendapatan masa depan,” katanya.

Selain itu, LBS terus menunjukkan komitmennya terhadap ESG.

Pada Oktober 2024, Kumpulan mencapai kemajuan yang signifikan dalam Program Tenaga Hijau Korporat dengan melantik Solarvest Holdings Berhad sebagai kontraktor kejuruteraan, perolehan, pembinaan, dan penugasan (EPCC) untuk ladang solar 43-MWp di Senawang, Negeri Sembilan.

Pada November 2024, Kumpulan memeterai memorandum persefahaman dengan Invest Sabah Berhad, Lembaga Pembangunan Perhutanan Sabah, dan Midwest Green Sdn Bhd untuk membangunkan kemudahan pengeluaran hidrogen hijau yang menggunakan kuasa tenaga solar dan angin serta sebuah taman perindustrian hijau yang berpotensi di Kota Marudu, Sabah.

Kemudahan ini disasarkan untuk menghasilkan 10GW tenaga dan menjana lebih 250,000 tan hidrogen hijau setiap tahun, dengan keluasan antara 15,000 hingga 30,000 ekar. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN