KOMITMEN IWK DALAM PEMBANGUNAN KAPASITI MELALUI ASTRICE

KOMITMEN IWK DALAM PEMBANGUNAN KAPASITI MELALUI ASTRICE

SISTEM kumbahan dan sanitasi, Industri 4.0 serta kaedah rawatan air kumbahan perlu berkembang untuk kekal relevan dan berkesan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUSAT LATIHAN DAN INOVASI BERKAITAN KUMBAHAN TERKEMUKA DI ASIA

Dalam bidang yang sentiasa berkembang seperti sistem kumbahan dan sanitasi, Industri 4.0 serta kaedah rawatan air kumbahan perlu berkembang untuk kekal relevan dan berkesan.

Selain itu, pelaburan dalam teknologi Industri 4.0 memerlukan bakat dan tenaga kerja yang mampu memperluaskan kemahiran dan pengetahuan mereka.

Menyedari hakikat ini, syarikat pembetungan nasional, Indah Water Konsortium (IWK) Sdn Bhd sentiasa menekankan kepentingan mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran kakitangannya serta pemain industri terutama dalam sektor rawatan kumbahan.

Ketua Pegawai Eksekutif IWK, Narendran Maniam berkata, sebagai menyokong usaha untuk meningkatkan pengetahuan di kalangan pengamal industri, pusat latihan IWK telah ditubuhkan pada Februari 2006, khusus untuk latihan teknikal mengenai sistem pembetungan yang memberi tumpuan kepada pengajaran teori dan praktikal.

“Dalam perkembangan pusat latihan ini, ia bukan sahaja telah berkongsi pengetahuan kepada pemain tempatan tetapi juga pemain antarabangsa, dengan memberi tumpuan kepada pembangunan kapasiti dalam bidang hubungan pelanggan, kesihatan dan keselamatan, asas-asas sistem pembetungan, teknologi baharu, proses rawatan dan kemahiran”, kata Narendran.

Selepas lebih satu dekad penubuhannya, pada tahun 2021, IWK telah menjenama semula pusat latihan berkenaan kepada Asian Sewerage Training, Research & Innovation Centre (ASTRICE), sejajar dengan strategi IWK untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran, dan kecekapan bagi memenuhi keperluan perniagaan dan industri semasa dan masa hadapan.

Dengan visi untuk menjadi hab serantau bagi pertukaran ilmu, ASTRICE memberi tumpuan kepada seminar, forum, dan persidangan, serta bekerjasama dengan pengendali air antarabangsa untuk program inovatif.

ASTRICE telah berjaya mengekalkan kerjasama dengan pengendali air di peringkat global dan badan pensijilan, dalam membina hubungan korporat serta membuka jalan bagi potensi kerjasama di luar Malaysia, khususnya di Asia, untuk penyediaan perkhidmatan penyelengaraan kumbahan.

ASTRICE menawarkan pelbagai program latihan, termasuk Pengurusan Enapcemar, perkembangan sejarah pembetungan di Malaysia, Pengurusan Pembetungan Tanpa Mekanikal, Pengurusan Fleet, Loji Rawatan Berpusat, Pengurusan Berkesan Efluen dan Rawatan Air Sisa, Operasi dan Penyelenggaraan Sistem Pembetungan, serta Pengurusan Sungai.

Kursus-kursus ini memberikan pengetahuan praktikal dan teori, memastikan para peserta dilengkapi dengan ilmu yang dapat diguna pakai dalam tugasan mereka.

Topik utama merangkumi senarai 49 kursus, termasuk Latihan Ruang Terkurung untuk individu yang dibenarkan masuk dan yang menjaga (Authorised Entrant and Standby Person), Teknologi Tanpa Korekan dalam Penyelenggaraan Rangkaian Pembetungan, Reka Bentuk dan Pembinaan Loji Rawatan Pembetungan, dan banyak lagi.

Senarai penuh program boleh didapati di pautan ini: https://astriceiwk.carrd.co/.

Program-program ASTRICE menyasarkan individu khusus dalam sektor pembetungan, termasuk kakitangan IWK, entity komersial dan industri, pihak berkuasa tempatan, agensi kerajaan, pemaju hartanah, serta institusi pendidikan dan komuniti.

Latihan ini disampaikan oleh pakar-pakar IWK dan pakar-pakar pembetungan luar, bagi memastikan pendidikan berkualiti tinggi.

ASTRICE juga menyediakan pelbagai perkhidmatan sokongan, termasuk khidmat nasihat kursus, sokongan teknikal, peluang rangkaian, dan pembangunan profesional berterusan.

Ianya turut menawarkan pembangunan rangka kerja bagi metriks kompetensi dalam mengenal pasti keperluan dan jurang latihan.

Program-program ini telah membawa kepada pelbagai kejayaan. Salah satu contoh yang menonjol ialah Program Antarabangsa Eko-Pelancongan & Edu-Pelancongan, di mana peserta melawat tempat-tempat pelancongan tempatan yang menarik sambil mempelajari tentang Pengurusan Enapcemar Tinja atau Fecal Sludge Management (FSM) dan kesannya terhadap sungai.

Antara program menarik ialah lawatan ke Sungai Melaka, satu kisah kejayaan terkemuka di Malaysia, serta Projek River of Life di Kuala Lumpur, yang telah mengubah sungai-sungai menjadi ikon sungai yang bersih, berhabitat dan bernilai tinggi.

ASTRICE juga telah berjaya menarik perhatian antarabangsa, menyediakan latihan dan khidmat perundingan kepada 20 organisasi dari negara-negara membangun seperti Indonesia, Thailand, Senegal, dan pelbagai negara Asia dan Afrika yang lain.

Setakat ini, ASTRICE berdiri sebagai hab utama untuk pertukaran pengetahuan dalam industri pembetungan, menawarkan pelbagai program latihan yang direka untuk memenuhi keperluan pekerja dalaman dan peserta luar.

Dengan fokus kepada seminar, forum, dan persidangan, ASTRICE bersedia menjadi peneraju dalam pendidikan serta inovasi rawatan kumbahan di sekitar Asia Pasifik.

ASTRICE juga telah mengambil langkah inovatif awal untuk meningkatkan dan memperbaiki pengalaman latihan melalui pembangunan modul pembelajaran realiti maya (VR) bagi mensimulasikan proses praktikal dan penyelesaian masalah, berbanding pendekatan teori dan konvensional dalam penyampaian latihan.

Cara Menyertai:

Untuk prapendaftaran bagi kursus yang anda minati, layari halaman web ASTRICE di https://astriceiwk.carrd.co/ dan lengkapkan borang dalam talian.

Peserta yang berjaya mendaftar akan menerima emel pengesahan bersama borang pendaftaran rasmi yang perlu dilengkapkan.

Emel itu juga akan menyertakan struktur yuran dan tarikh akhir pembayaran secara terperinci. Yuran kursus merangkumi makanan & minuman, bahan latihan, kemudahan, dan sijil.

ASTRICE adalah penyedia latihan berdaftar di bawah Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRDCorp) di mana semua program latihan boleh dituntut di bawah “Skim Bantuan Latihan Khas” (SBL-Khas).

Maklumat dan Pertanyaan:

Untuk sebarang pertanyaan, hubungi Cik Sara ([email protected]) atau Encik Mirza ([email protected]) atau hubungi kami di +(6) 03-8996 7511/12/13.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN