Kebanyakan syarikat tidak patuh Ikrar Kebajikan Haiwan 2025

Kebanyakan syarikat tidak patuh Ikrar Kebajikan Haiwan 2025

.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Sebanyak 50 syarikat dilaporkan tiada atau kurang berhasil dalam melaksanakan komitmen mereka

untuk menghentikan penggunaan telur sangkar bateri, dedah kajian NGO.

PETALING JAYA: Laporan terkini oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Sinergia Animal menunjukkan kebanyakan syarikat di Asia tidak mungkin dapat memenuhi komitmen mereka dalam menghapuskan penggunaan sangkar telur bateri menjelang 2025.

NGO itu telah meninjau sebanyak 78 syarikat di seluruh India, Indonesia, Jepun, Malaysia dan Thailand dan mendapati banyak yang gagal untuk memenuhi ikrar mereka dalam menghentikan kegunaan sistem kontroversi ini, yang mana ia sudah diharamkan di banyak negara. 

Pengarah Sinergia Animal Indonesia, Among Pakrosa berkata, Asia merupakan negara pengeluar telur yang terbesar di dunia.

“Berjuta ayam betina dikurung dalam sangkar di mana mereka tidak boleh berjalan, membebaskan sayap mereka mahupun terlibat dalam tingkah laku semula jadi. Ini tidak boleh diterima.

“Kami menyeru syarikat-syarikat ini untuk menunaikan janji mereka untuk beralih kepada sistem bebas sangkar menjelang tahun 2025.” katanya.

Ayam betina kehilangan bulu akibat dikurung dalam sangkar.

Menggalakkan Kemajuan 

NGO itu telah mengenal pasti syarikat yang boleh mengukuhkan komitmen mereka terhadap dasar bebas sangkar, seperti syarikat dengan komitmen bebas sangkar 2025 yang masih belum melaporkan kemajuan mereka dan syarikat melaporkan kemajuan di rantau lain tetapi belum lagi di Asia. Senarai ini termasuk Best Western, GoTo Foods, illy, Hotel Millennium & Copthorne dan Subway.

“Kami tahu syarikat-syarikat ini masih mempunyai masa untuk melakukan yang terbaik untuk haiwan, dan kami menggalakkan mereka menyelesaikan peralihan ke arah rantaian bekalan bebas sangkar,” katanya.

Ayam dikurung dalam sangkar bateri.

Tanda-Tanda Positif Daripada Beberapa Syarikat

Laporan juga menunjukkan trend yan baik dari segi kemajuan iaitu  34.51 peratus (27 daripada 78 syarikat) syarikat yang dianalisis telah berkongsi kemajuan mereka di negara-negara Asia dan dua syarikat telah beralih sepenuhnya kepada telur bebas sangkar di Asia mahupun secara nasional.

Jenama terkenal seperti Bridor, Carma, Danone, Dr. Oetker dan Groupe Le Duff telah mendahului dalam Malaysia atau Asia.

“Ketelusan yang kian meningkat ini menunjukkan trend positif ke arah Kebajikan haiwan yang lebih baik serta peningkatan kepercayaan pengguna,” tambahnya. 

Muka depan laporan penjejas bebas kurungan.

Pengeluar menyertai Pergerakan Bebas Sangkar

Laporan tersebut juga menunjukkan sorotan penting kemajuan dalam kalangan pengeluar telur di Thailand dan Indonesia. Daripada 50 pengeluar yang telah dikaji, 11 (22%) daripadanya telah beralih kepada pengeluar bebas sangkar 100 peratus.

“Data yang kami kumpulkan akan dapat membantu syarikat berhubung dengan pengeluar bagi mencapai matlamat bebas sangkar mereka” jelasnya.

Syarikat yang berusaha keras untuk mendapatkan telur bebas sangkar boleh membeli kredit daripada sistem insentif Impak oleh Global Food Partners sebagai satu penyelesaian sementara yang telah digunakan oleh kebanyakan syarikat besar atau utama seperti Compass Group dan Unilever.

Momentum Bebas Sangkar Berkembang di Asia

Asia, yang mana telah menghasilkan 64 peratus telur di dunia, perlahan-lahan beralih daripada pengunaan sangkar. Bhutan, China, Indonesia and Thailand telah melaksanakan standard bebas sangkar, dan lebih dari 2,600 syarikat di seluruh dunia termasuk 318 di Asia telah komited untuk bergerak ke arah bebas sangkar.

Untuk maklumat yang lebih terperinci, kunjungi www.cagefreetracker.com/asia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN