Karnival Ban Canal: Didik kepentingan jaga sumber alam

Karnival Ban Canal: Didik kepentingan jaga sumber alam

PENGUNJUNG berpeluang menyertai aktiviti air seperti berkayak, menaiki perahu naga, perahu tradisional dan kanu pada Karnival Ban Canal yang dianjurkan dekat Kampung Parit 14, Simpang 5, di Sabak Bernam, semalam. – UTUSAN / SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Karnival Ban Canal bukan sahaja menyediakan pelbagai aktiviti menarik sepanjang penganjurannya, malah turut mendidik pengunjung mengenai kepentingan menjaga sumber air.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (GCEO) Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI), Saipolyazan M. Yusop berkata, Ban Canal juga merupakan satu daripada kekayaan biodiversiti yang terdapat di Sabak Bernam dan mempunyai sejarah tersendiri.

“Ban Canal adalah kawasan paling utama di Sabak Bernam, dengan adanya terusan tersebut maka wujud pengairan di kawasan pertanian. Sebab itu kita adakan sukan air supaya orang lebih sayang dan menghargai Ban Canal.

“Bila pengunjung datang dan terlibat dalam sukan air itu, mereka dapat rasakan macam mana pentingnya menjaga terusan air dan kecintaan terhadap alam sekitar,” katanya.

Karnival Ban Canal anjuran MBI menyasarkan lebih 20,000 pengunjung denganpelbagai aktiviti sepanjang program itu berlangsung sehingga 1 Disember ini.

Antara program berlangsung ialah Bengkel Sukan Air, aktiviti air seperti berkayak dan menaiki perahu naga selain turut dibuka kepada orang ramai aktiviti lasak seperti wall climbing dan flying fox.

Pada sebelah malam pula, pengunjung berpeluang menyertai Roadshow Selangor Red Giants (SRG) To M6 World Championship bermula pukul 8.30 malam.

Semalam, pengunjung diberi peluang melawat Pusat Konservasi Hidupan Liar di Sungai Dusun untuk melihat konservasi tapir serta keindahan kelip-kelip di Sungai Panjang pada sebelah malam.

Ban Canal berkembang bukan sekadar sumber pertanian, malah ia kaya dengan biodiversiti sebahagian daripada Rizab Biosfera Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) (UBR) iaitu fungsi sosio ekonomi berasaskan sumber asli dan warisan serta perikanan dan akuakultur berasaskan sumber asli.

Timbalan Presiden Persatuan Kanu Selangor (Scan), Isnadi Mohd. Saliman memberitahu, aktiviti air merlukan kawasan air yang bersih.

“Aktiviti kayak dan kanu dapat mencungkil bakat baharu selain mendidik mereka tentang keperluan air bersih supaya dapat lakukan aktiviti rekreasi,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN