JKKN angkat karya agung Pak Ngah menerusi konsert teater muzikal

JKKN angkat karya agung Pak Ngah menerusi konsert teater muzikal

Persembahan Karya Agung Muzikal Tribute to 'Pak Ngah' Datuk Suhaimi Mohd Zain yang berlangsung di Auditorium Raja Melewar, Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Negeri Sembilan. GAMBAR - AMIR KHALID / PEMBERITA - BADRUL ( UTUSAN )
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Dalam industri muzik negara, komposer dan penggubah lagu, Allahyarham Datuk Suhaimi Mohd. Zain atau lebih dikenali sebagai Pak Ngah menjadi tokoh yang cukup penting khususnya dalam mengangkat dan memartabatkan muzik tradisional Melayu melalui genre irama Malaysia.

Bagaimanapun, seperti yang diungkapkan Datuk Ahmad Tamimi Siregar Kamaruddin yang merupakan narrator (pencerita) dalam Konsert Karya Agung: Tribute To Pak Ngah, Datuk Suhaimi Mohd Zain malam kelmarin, Pak Ngah bukan sahaja pejuang bagi Irama Malaysia tetapi juga seorang yang banyak mengetengahkan lagu khususnya lagu rakyat dalam komposisi baharu sehingga ia sedap didengar khalayak.

Keistimewaan Pak Ngah itulah yang membawa kepada penganjuran konsert berdurasi satu jam 30 minit yang berlangsung di Auditorium Raja Melewar, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Negeri Sembilan di sini.

Berkonsepkan teater muzikal, konsert arahan Siso Kopratasa tersebut benar-benar menghiburkan hadirin.

Selain Ahmad Tamimi Siregar, konsert yang dibahagikan menerusi lima segmen itu, juga menampilkan gandingan Dr. Norzizi Zulkifli dan Zaifri Husin yang berjaya menghidupkan perjalanan persembahan menerusi celoteh mereka.

Tidak ketinggalan kehadiran ratu Irama Malaysia, Noraniza Idris selain konsert itu yang turut mengetengahkan bakat artis tempatan iaitu Fitri Ismail, Siti Nadia Zaini, Nur Nabihah Mohd. Shukeri dan artis cilik Cinta Suci Indah Urmila.

Masing-masing membawakan lagu karya terbaik Pak Ngah dengan penuh mempesona termasuk Noraniza yang tampil dengan lagu seperti Dikir Puteri, Tinting dan Hati Kama menerusi duet Nur Nabihah selain Siti Nadia yang membawakan lagu Cindai yang dipopularkan oleh Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Di akhir konsert ini, sebuah lukisan Allahyarham yang dilukis oleh Mazlan Abu Bakar daripada Persatuan Pelukis Negeri Sembilan dipotretkan dan diserahkan kepada anak Allahyarham iaitu Megat Mohd. Syahraini Suhaimi.

Ketika ditemui, Mohd. Amran memberitahu, konsert mengenang Pak Ngah ini adalah di bawah Program Karya Agung oleh JKKN menerusi inisiatif Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) hasil daripada cetusan idea dalam pembentangan Belanjawan 2024 bagi memartabatkan seni budaya tradisional dan warisan negara Malaysia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN