Inisiatif Harmoni MADANI perkukuh perpaduan rakyat

Inisiatif Harmoni MADANI perkukuh perpaduan rakyat

Keharmonian masyarakat majmuk di negara ini merupakan satu keunikan. – UTUSANFARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Malaysia adalah sebuah negara yang unik kerana kepelbagaian kaum, adat, budaya dan kepercayaan beragama penduduknya. Kepelbagaian ini adalah warisan sejarah pembentukan negara yang seharusnya dirai dan dipelihara agar perpaduan dan keharmonian dapat dikekalkan.

Sejak merdeka pada 31 Ogos 1967, kehidupan harmoni masyarakat majmuk di negara ini – Melayu, Cina dan India amat jelas. Namun kadangkala berlaku juga isu yang boleh menggugat keharmonian itu jika dibiarkan.

Isu defisit sosial adalah perkara-perkara yang perlu diuruskan supaya tidak menggugat pencapaian tahap perpaduan dalam kalangan rakyat negara ini.

Dalam Indeks Perpaduan Nasional (IPNas) 2022 hanya empat daripada 10 kategori yang didapati wujudnya defisit sosial iaitu dalam Pendidikan, Agama, Jurang Generasi dan Bahasa.

Agama turut menjadi salah satu defisit sosial kerana kurangntya sensitiviti serta kefahaman berkenaan agama yang berbeza sekali gus memberi kesan kepada hubungan dan interaksi masyarakat.

Menyedari wujudnya defisit sosial itu, pada April 2024, Kementerian Perpaduan Negara melancarkan Inisiatif Harmoni MADANI dengan mengetengahkan konsep asas integrasi nasional iaitu Faham, Hormat dan Terima.

Objektif utama pelaksanaan Inisiatif Harmoni MADANI adalah:
• Membudayakan amalan menyebarkan mesej keharmonian dan muhibah berasaskan konsep faham, hormat dan terima dalam kalangan masyarakat.
• Meningkatkan kefahaman mengenai kepelbagaian agama, budaya dan adat resam ke arah memperkukuhkan keharmonian dan perpaduan.
• Antara program utama yang telah dilaksanakan di bawah Inisiatif HARMONI MADANI ialah:
Jejak HARMONI – dilaksanakan di 9 lokasi iaitu W.Persekutuan Labuan, Selangor, Pahang, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Johor, Sarawak dan Sabah.
Wacana atau Dialog Harmoni – dilaksanakan di Pulau Pinang, Selangor, W.P Kuala Lumpur dan Sabah yang juga melibatkan kerjasama Jawatankuasa HARMONI dan Pertubuhan Agama.
Podcast:Bicara HARMONI – yang mengetengahkan konsep perkongsian nilai-nilai murni masyarakat Malaysia.
Dokumentari HARMONI – 6 siri dokumentari yang disiarkan di RTM.
Sambutan Minggu Keharmonian Antara Agama Sedunia – dilaksanakan pada minggu pertama Februari di 5 negeri iaitu W.P Labuan, Pahang, Johor, Selangor dan Negeri Sembilan.
Sambutan Hari Toleransi Sedunia – merupakan program penutup Inisiatif Harmoni Madani yang dilaksanakan pada 11 November 2024 di Melaka.

Selain itu, Piagam Harmoni juga telah dihasilkan oleh Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dengan kerjasama Kementerian Perpaduan Negara.

Piagam Harmoni Malaysia ini telah diluluskan di peringkat Jawatankuasa HARMONI dan diluluskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia. Seterusnya akan diangkat ke peringkat Jemaah Menteri.

Terdapat 12 nilai-nilai penting yang telah digariskan dalam Piagam Harmoni iaitu Adab dan Akhlak, Keinsanan, Kerendahan Hati, Penerimaan, Kasih Sayang, Hormat-menghormati, Kejujuran, Empati, Muhibah, Tasamuh, Toleransi serta Kesederhanaan.

Kementerian juga menetapkan Inisiatif Harmoni MADANI sebagai agenda utama tahun depan dan menjadikan tema “Harmoni Dalam Kepelbagaian”. Antara program yang akan dilaksanakan adalah:
• Sambutan Minggu Keharmonian Sedunia
• Dialog Harmoni
• Dokumentari Jejak Harmoni
• Penubuhan Jawatankuasa Pengurusan Isu Perpaduan
• Podcast Harmoniw
• Iklan Perayaan
• Dokumentari Kisah Perpaduan
• Kajian Semula dan Pengukuhan Indeks Ketegangan Masyarakat (IKM)
• Kajian Pembangunan Model Kesepaduan Sosial Semenanjung Malaysia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN