Tilam dua tahap keempukan, dilengkapi dengan terapi bunyi tidur, perkhidmatan pembersihan tilam dan peningkatan kualiti udara
melalui teknologi Ionic Nano Copper-Zinc yang menawarkan peningkatan menyeluruh kepada kualiti tidur dan kesihatan anda.
KUALA LUMPUR: Dalam usaha berterusan untuk mencipta pengalaman kehidupan di rumah yang lebih sihat dan baik untuk rakyat Malaysia, Goodnite telah melancarkan produk inovatif baharu iaitu tilam Love Series IV yang direka bentuk untuk menawarkan keselesaan yang boleh disesuaikan dalam satu tilam bagi mempertingkatkan kualiti tidur.
Menerusi teknologi DUOCARE™, reka bentuk baharu “Satu Tilam, Dua Keselesaan” Goodnite membolehkan pengguna menikmati dua tahap keempukan dalam satu tilam bagi memberikan setiap orang keselesaan mengikut keperluan peribadi masing-masing.
Semasa pelancaran, Pengarah Urusan Goodnite Group, Teo Yek Ming menjelaskan, bahawa syarikat itu telah bekerjasama dengan Universiti Malaya (UM) untuk menjalankan ujikaji dan analisis yang meluas dimana pihak UM mengkaji tentang keutamaan dan keperluan pelanggan berdasarkan pelbagai kumpulan umur, ketinggian, dan berat badan untuk menentukan keempukan tilam yang ideal, membantu pengguna memilih tilam yang paling sesuai dengan keperluan mereka.
“Bagi Goodnite, hasil kerjasama ini bukan sahaja membolehkan kami memberikan nasihat profesional dalam membantu pelanggan memilih tilam yang sesuai, tetapi sebagai jenama tilam terkemuka di Malaysia, kami menggunakan data ini sebagai asas untuk inovasi lebih lanjut, yang membawa kepada penciptaan Love Series IV — produk yang kami sangat banggakan,” kata Yek Ming.
Kualiti Tidur yang Ditingkatkan
Ciri utama tilam Love Series IV yang baharu adalah keempukan boleh laras di setiap sisi, membolehkan pelanggan memilih dari tiga tahap —Keselesaan, Hibrid, dan Sokongan.
Reka bentuk inovatif ‘Satu Tilam, Dua Keselesaan’ ini meningkatkan kualiti tidur dengan menawarkan sokongan kesihatan mengikut keutamaan individu. Ciri keempukan dua tahap ini memberi manfaat besar kepada pasangan, kerana ia membantu mengelakkan berlaku sebarang konflik mengenai pilihan tilam dan mengelakkan salah seorang terpaksa beralah.
Yek Ming menambah, “Kini, pengguna boleh mengunjungi mana-mana cawangan Goodnite di seluruh negara, di mana sistem AI akan menganalisis ketinggian, berat badan, dan umur mereka untuk mencadangkan tahap keselesaan tilam yang paling sesuai.”
Tilam Love Series IV yang serba baharu ini juga dilengkapi dengan teknologi DUOCARE™, termasuk teknologi anti-statik STATFREE® yang menstabilkan statik badan dan meningkatkan kualiti tidur. Selain itu, teknologi penyejukan IceSleep® memberikan pengalaman tidur yang lebih sejuk dan lebih mendalam.
Yek Ming menekankan bahawa walaupun ramai pengguna sudah mengetahui cara memilih tilam yang betul, mereka sering mengabaikan kepentingan pembersihan dan penyelenggaraan berkala. Lama-kelamaan, tilam yang tidak bersih boleh mengumpul habuk dan kotoran, yang boleh menyebabkan alahan, masalah pernafasan, dan masalah kulit. Sebagai jenama yang komited untuk meningkatkan kualiti tidur, Goodnite juga mengutamakan kebersihan tilam.
“Seiring dengan pelancaran Love Series IV yang baharu, kami menawarkan 10 sesi pembersihan tilam terjadual percuma dengan setiap pembelian tilam. Ini memastikan bahawa semua orang dapat menikmati tidur yang bersih dan selesa,” katanya.
Selain itu, beliau juga menyatakan bahawa dalam kehidupan yang sibuk hari ini, tidur yang lebih berkualiti adalah lebih penting dari sebelumnya.
Menurut laporan, 9 daripada 10 rakyat Malaysia mengalami masalah tidur. Untuk membantu mengatasi perkara ini, Goodnite telah memperkenalkan NiteWave, sebuah teknologi terapi bunyi tidur baharu.
Setelah menganalisis laporan tidur yang terperinci daripada rakaman suara selama 3 minit, pakar akan menggunakan teknologi AI NiteWave untuk mencipta terapi bunyi tidur peribadi dengan frekuensi khusus yang disesuaikan untuk individu, membantu pelanggan mencapai tidur yang lebih baik dan meningkatkan kualiti tidur.
Terapi bunyi tidur NiteWave bukan sahaja meredakan minda dan badan, tetapi juga menggunakan gelombang bunyi yang diselaraskan secara saintifik untuk mempromosikan tidur yang menyegarkan, memastikan badan pulih dan berdaya semula.
Tingkatkan Persekitaran Rumah Anda · Cipta Pengalaman Hidup yang Lebih Baik
Teo turut menambah bahawa selain memiliki tilam yang sesuai, terapi bunyi tidur, dan katil yang bersih, adalah sama penting untuk semua orang mempunyai udara yang bersih serta sihat.
Oleh itu, Goodnite telah bekerjasama dengan Dr. Pharaoh Low Wai Koon, pencipta Ionic Nano Copper Zinc Airborne Technology, untuk melancarkan humidifier siri 1mmuneAir. Alat ini membantu mengurangkan bakteria dan formaldehid di udara, menghapuskan patogen, meningkatkan imuniti, mempertingkatkan pertahanan semula jadi badan, dan mengurangkan simptom alahan hidung, memastikan persekitaran hidup yang lebih sihat untuk pelanggan.
Humidifier 1mmuneAir terbaru dari Goodnite tersedia dalam dua model: 1mmuneAir Lite (5.6L), sesuai untuk bilik tidur dan 1mmuneAir Plus (8L), sesuai untuk ruang tamu atau pejabat.
Tambah Teo lagi, Goodnite akan terus bekerjasama dengan pakar untuk membangunkan produk inovatif, mengukuhkan misinya untuk mencipta pengalaman kehidupan rumah yang lebih sihat dan lebih baik untuk rakyat Malaysia.
“Dari tilam dan kualiti tidur hingga ke persekitaran keseluruhan dan udara, Goodnite komited untuk meningkatkan pengalaman hidup di rumah bagi pelanggan kami. Walaupun sesetengah orang masih menganggap Goodnite sebagai pengeluar tilam semata-mata, kami telah memperluaskan tawaran kami. Hari ini, kami telah berkembang menjadi peruncit perabot sehenti, dengan misi untuk menjadi destinasi utama Malaysia untuk semua produk rumah.
Promosi Eksklusif Goodnite
Bagi memastikan penyelesaian tidur sihat dapat diakses oleh semua, Goodnite menawarkan pakej mampu milik untuk Tilam Love Series IV:
Pakej Love Series IV
+Termasuk 10 sesi pembersihan tilam +Terapi bunyi tidur peribadi NiteWave (selama 3 bulan) Pilihan tambahan: +Rangka katil = Bayaran bulanan RM30* +Humidifier 1mmuneAir Lite dengan Nano Copper Zinc = Bayaran bulanan RM79* Pakej Tidur dan Kesihatan Goodnite lengkap, kini hanya RM248* sebulan! |
Selain itu, pengguna juga boleh memilih untuk membeli 1mmuneAir Lite dengan Ionic Nano Copper Zinc secara berasingan dengan harga RM89/bulan*.
Selain daripada terapi bunyi tidur NiteWave, Goodnite juga menawarkan EvoWave—sebuah penyelesaian terapi bunyi kesihatan yang sepenuhnya diperibadikan untuk memenuhi keperluan individu. Terapi bunyi canggih ini direka untuk mengurangkan tekanan emosi dan meningkatkan daya tahan fizikal, membantu pelanggan mencapai minda dan badan yang lebih seimbang dan sihat.
Untuk maklumat lanjut mengenai tilam Love Series IV Goodnite, Humidifier 1mmuneAir dengan Ionic Nano Copper Zinc, atau pakej berkaitan, kunjungi mana-mana cawangan Goodnite di seluruh negara atau layari laman web rasmi. – UTUSAN