40 pasukan meriahkan kejohanan bola baling UMPSA

40 pasukan meriahkan kejohanan bola baling UMPSA

ANTARA pasukan yang menyertai Kejohanan Bola Baling Pantai Timur Universiti Malaysia Pahang Al Sultan Abdullah (UMPSA) Ke-6 dan Jemputan Antarabangsa (6UECC) di di Gambang, Kuantan, Pahang, baru-baru ini. 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kejohanan Bola Baling Pantai Timur Universiti Malaysia Pahang Al Sultan Abdullah (UMPSA) Ke-6 dan Jemputan Antarabangsa (6UECC) di Gambang, Kuantan, Pahang, baru-baru ini, berjaya menarik 40 penyertaan melibatkan 28 pasukan lelaki dan 12 pasukan wanita.

Kesemua pasukan terlibat terdiri daripada pelbagai universiti tempatan dan antarabangsa seperti Universitas Negeri Jakarta (UNJ) dan Universitas Negeri Surabaya (UNESA) Indonesia serta dari Singapura.

UMPSA dalam satu kenyataan berkata, pertandingan itu bukan sahaja berjaya mempromosikan sukan bola baling dalam kalangan generasi muda malah ia dapat memperkukuh kedudukan universiti berkenaan sebagai pusat kecemerlangan sukan di Malaysia.

MOHD. Shahar Abdullah (tengah) bergambar bersama pasukan Universitas Negeri Jakarta (UNJ) yang muncul juara.

Katanya, kejohanan yang mendapat pengiktirafan rasmi daripada Persekutuan Bola Baling Malaysia (MAHF) merupakan salah satu program melibatkan ‘Inbound Mobility’ serta menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).

Justeru itu, katanya, kejohanan yang berlangsung selama tiga hari menampilkan aksi sengit antara pelajar universiti dan pemain profesional dari Asia Tenggara.

“Bagi kategori lelaki, penyertaan sulung pasukan UNJ telah membolehkan mereka muncul sebagai johan diikuti Universiti Teknologi Mara (UiTM) Lions sebagai naib johan.

“Manakala, bagi kategori wanita pula, pasukan dari Singapura berjaya mempertahankan kejuaraan dimana mereka sekali lagi merangkul gelaran johan diikuti Terengganu sebagai naib johan,” katanya.

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Indera Mohd. Shahar Abdullah.

Tambahnya, diharapkan kejohanan itu akan terus berkembang pada masa akan datang dan menjadi platform bagi bakat-bakat baharu menonjol kemahiran di peringkat antarabangsa.

“Dengan adanya penglibatan pasukan antarabangsa, kejohanan ini juga dapat membantu membina jaringan kerjasama global dan memperkukuh hubungan komuniti,” tambahnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN