Zurich: Komitmen Terhadap Perlindungan Pelbagai Aspek

Zurich: Komitmen Terhadap Perlindungan Pelbagai Aspek

Zurich memberi banyak kelegaan dari segi perlindungan kepada anda dan keluarga.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Sebagai jenama global tunggal dalam pasaran Malaysia yang diberi kuasa untuk memegang keempat-empat lesen insurans dan takaful, Zurich membuktikan komitmennya dalam menyediakan pelbagai pilihan pelan perlindungan yang memenuhi kehendak pelanggan yang berbeza-beza.

Zurich menawarkan insurans dan takaful yang meliputi pelan perlindungan kesihatan, keluarga, kediaman, kenderaan, perniagaan, pelaburan dan simpanan.

Bagi pelan insurans dan takaful kesihatan, Zurich menyediakan pelbagai manfaat kepada pelanggan termasuk perlindungan penyakit kritikal.

Bagi insurans hayat dan takaful keluarga pula, Zurich membantu meringankan beban kewangan pelanggan sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini termasuk kematian, hilang upaya, serta manfaat kematian akibat kemalangan.

Bagi ahli perniagaan yang memerlukan pelan perlindungan perniagaan, Zurich tidak hanya menyediakan perlindungan terhadap aset perniagaan dan pekerja, tetapi juga menawarkan penyelesaian yang kompetitif dan menyeluruh untuk membantu peniaga mengurus aset dan liabiliti perniagaan mereka.

Sharon Olivia

Berkongsi pengalaman menggunakan pelan perlindungan kenderaan daripada Zurich, Sharon Olivia,  24  tahun menyatakan pelan tersebut mempunyai kelebihan dengan menyediakan pampasan sekiranya berlaku sebarang kecederaan, kehilangan upaya atau kematian ke atas mana-mana penumpang kenderaan peribadinya.

“Selain itu, pelan tersebut mempunyai perlindungan tambahan seperti Program Bantuan Tepi Jalan yang memberikan bantuan sekiranya kereta mengalami kerosakan.”

“Apa yang paling saya suka mengenai pelan perlindungan kenderaan Zurich ialah diskaun 60% daripada kadar tarif untuk perlindungan Peril Khas. Ia melindungi kenderaan saya daripada pelbagai kerosakan akibat bencana alam seperti gempa bumi, tanah jerlus, tanah runtuh dan banjir, yang kerap berlaku pada waktu ini.”

“Sememangnya, saya berpuas hati dengan tawaran perlindungan dari Zurich Insurans & Takaful kerana perkhidmatannya yang lengkap pada kadar yang berpatutan.”

“Saya yakin dengan perkhidmatan yang disediakan oleh Zurich Insurans & Takaful akan membantu mengurangkan beban kewangan saya, sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini pada kereta saya,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Salah seorang pelanggan pelan perlindungan peribadi Zurich, Nanarina, 26 tahun pula memilih pelan Takaful berkaitan simpanan dan pelaburan bagi tujuan memaksimumkan pelaburannya dengan pelbagai pilihan dana patuh Syariah yang boleh disesuaikan dengan keperluan individu.

Nanarina

Katanya, Zurich menawarkan pelan perlindungan yang bukan sahaja melindungi kewangan dan menyediakan pulangan yang optimum untuk masa depan yang lebih selesa, malah ia juga menyediakan manfaat pampasan akibat kemalangan.

“Untuk membina pelaburan saya dari semasa ke semasa, saya boleh menambah nilai perlindungan pada bila-bila masa yang saya mahu. Saya juga akan menerima pampasan sekiranya saya terlibat dalam kemalangan. Ini sudah tentu dapat membantu meringankan beban saya dan membolehkan saya fokus kepada rawatan.”

“Di samping potensi keuntungan pelaburan yang akan saya peroleh, mendapatkan perlindungan adalah amat penting bagi saya. Oleh itu, untuk memastikan persaraan yang lebih selesa, pelan tersebut adalah pilihan ideal,” katanya.

Sementara itu, bagi mereka yang berminat dengan perniagaan, adalah penting untuk pengusaha melindungi perniagaan mereka bagi mengimbangi keadaan kewangan syarikat dan memastikan pengurusan risiko yang lebih baik.

Justeru itu, Zurich turut menyediakan pelan perlindungan yang sesuai bagi keperluan perniagaan, termasuk aset dan liabiliti, kakitangan syarikat dan juga perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai pelan terbaik daripada Zurich Insurans dan Takaful, sila layari laman sesawang dengan klik di sini. UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN