Rumah Biru juara kejohanan olahraga SK Simpang Rawai - Utusan Malaysia

Rumah Biru juara kejohanan olahraga SK Simpang Rawai

KONTIJEN Rumah Biru dinobatkan sebagai juara keseluruhan Kejohanan Sukan dan Olahraga Sekolah Kebangsaan Simpang Rawai 2024 di Marang, Terengganu, kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RUMAH Biru merangkul kejuaraan keseluruhan Kejohanan Sukan dan Olahraga Sekolah Kebangsaan (SK) Simpang Rawai 2024 di Marang, Terengganu, kelmarin.

Kontijen Rumah Biru turut mengungguli Sukantara sekali gus meraih kejuaraan berganda pada kejohanan edisi kali ini.

Kejohanan berlangsung meriah dengan kehadiran ibu bapa yang bersorak bersama murid-murid bagi memberi sokongan kepada wakil pasukan masing-masing.

Ia adalah acara tahunan yang dilaksanakan di seluruh sekolah di Malaysia bagi mendokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang memberi tumpuan ke arah melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

Kejohanan ini juga selaras dengan aspirasi pendidikan negara iaitu membentuk perpaduan dalam kalangan warga sekolah dan masyarakat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN