KPM rancakkan Program KV Insani Masyarakat MADANI

KPM rancakkan Program KV Insani Masyarakat MADANI

FADHLINA SIDEK (dua dari kanan) ketika hadir merasmikan Karnival Pendidikan MADANI dan Program KV Insani Masyarakat MADANI di SK Sungai Bakap, Nibong Tebal, Pulau Pinang, kelmarin. IQBAL HAMDAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NIBONG TEBAL: Kementerian Pendidikan (KPM) kini sedang berusaha untuk merancakkan lagi Program KV Insani Masyarakat MADANI agar ia dapat dilaksanakan dengan lebih banyak di peringkat sekolah dan komuniti di seluruh negara pada masa depan.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, pelaksanaan program terbabit bertujuan mendekatkan komuniti dengan sekolah selain memperkenalkan pelbagai program KV untuk komuniti khususnya ibu bapa selain mencungkil kepakaran serta kemahiran murid menerusi aktiviti pameran yang dijalankan.

FADHLINA SIDEK

Katanya, program terbabit berperanan mengeratkan komuniti dan pendidikan khususnya sekolah serta institusi-institusi pendidikan di bawah KPM.

“Selain itu, sudah pastinya untuk memastikan bahawa hubungan yang baik antara komuniti dan pihak sekolah ini dapat kita sama-sama perkukuhkan.

“Ketiga, kita lihat program-program KV adalah untuk turun dalam masyarakat dan melaksanakan program seperti pembaikan dan penyenggaraan rumah golongan asnaf dan B40, penghawa dingin di surau dan masjid yang melibatkan kemahiran-kemahiran anak-anak KV kita.

“Maka, penting untuk masyarakat agar terus mengangkat TVET ini khususnya iaitu sebagaimana yang telah kita uar-uarkan di dalam Belanjawan 2025 dengan kadar Geran Per Kapita (PCG) TVET telah kita naikkan dan PCG TVET juga telah kita naikkan. Ini antara kesan mengapa TVET ini mesti terus diperluaskan dalam masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Pendidikan MADANI dan Program KV Insani Masyarakat MADANI di Sekolah Kebangsaan Sungai Bakap di sini, kelmarin.

BEBERAPA pelajar KV menunjukkan kemahiran membuat hiasan dengan menggunakan buah betik sempena Karnival Pendidikan Madani dan Program KV Insani Masyarakat MADANI di SK Sungai Bakap, Nibong Tebal, Pulau Pinang.

Sementara itu, Pengarah Bahagian BPLTV KPM, Ts. Zulkernai Fauzi berkata, program yang dihadiri lebih 3,000 pengunjung itu selaras dengan konsep karamah insaniah yang menerapkan adab, akhlak dan integriti ini sekali gus memberi satu peluang kepada pelajar-pelajar KV untuk membuktikan bahawa aktiviti kemasyarakatan seumpama ini seharusnya sentiasa berlaku dari semasa ke semasa.

Zulkernai Fauzi

“Bertepatan dengan konsep pendidikan manusiawi, para pelajar menawarkan program khidmat masyarakat antaranya pembaikan bumbung, penyaman udara dan baik pulih rumah di pelbagai lokasi termasuklah perkampungan Orang Asli, kawasan Felda dan rumah anak yatim.

“Kita pilih lokasi baik pulih berdasarkan kriteria yang ditetapkan dan golongan kurang berkemampuan akan diutamakan bagi membantu meringankan beban,” katanya.

Program KV Insani Zon Pulau Pinang membabitkan tiga komuniti bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam kawasan Parlimen Nibong Tebal iaitu Sungai Acheh, Sungai Bakap dan Jawi.

Terdahulu, program sama telah dilaksanakan secara meluas di seluruh negara termasuk Kelantan, Pahang dan Johor. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN