KAO Malaysia perkenal Bioré GUARD Mos Block Serum, pelindung denggi

KAO Malaysia perkenal Bioré GUARD Mos Block Serum, pelindung denggi

Presiden KAO (Malaysia) Sdn. Bhd., Nishimaki Akira
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Syarikat produk penjagaan diri, produk kebersihan dan produk penjagaan isi rumah, KAO (Malaysia) Sdn. Bhd., telah melancarkan inisiatif ‘Guard Our Future’ yang membantu memerangi denggi melalui produk terbaharu mereka, Bioré GUARD Mos Block Serum.

Presiden KAO (Malaysia) Sdn. Bhd., Nishimaki Akira berkata, di Kao Malaysia, pihaknya amat prihatin terhadap peningkatan kes denggi di negara ini, di mana peningkatan kes tertinggi dilaporkan dan semakin meningkat pada tahun 2023.

“Melalui inisiatif ini, Kao Malaysia akan memberi sumbangan unit Bioré GUARD Mos Block Serum, berjumlah lebih daripada 61,000 unit yang bernilai hampir RM1 juta.

“Serum tersebut akan diedarkan melalui pelbagai program dan kempen yang dianjurkan dengan kerjasama Kerajaan Negeri Selangor dan agensi berkaitan lain sebagai sebahagian daripada usaha untuk mengawal penularan wabak denggi,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia.

Menurut beliau, matlamat syarikat adalah untuk memberikan perlindungan yang berkesan kepada komuniti sambil meningkatkan kesedaran tentang bahaya wabak denggi serta pencegahannya.

“Usaha ini adalah sebahagian daripada komitmen berterusan kami untuk mencipta Pelan Gaya Hidup Kirei (budaya dari Jepun) yang mengutamakan kesihatan dan kesejahteraan manusia serta alam sekitar,” katanya.

Bioré GUARD Mos Block Serum, produk yang sesuai untuk segenap lapisan masyarakat ini, diformulasi dengan teknologi Anti-Landing yang membentuk lapisan sebagai pelindung di permukaan kulit untuk menghalang nyamuk daripada mendarat dan menggigit pengguna seterusnya menawarkan perlindungan yang berkesan.

Dilengkapi dengan tekstur ringan seperti losyen badan dan tidak melekit, ia dapat memberikan liputan yang luas seolah-olah membentuk perisai pelindung terhadap nyamuk.

Jelas Nishimaki, Bioré Guard Mos Block Serum berbeza dengan penghalau serangga konvensional di mana produk ini tidak mengandungi bahan aktif yang mudah meruap seperti diethyltoluamide (DEET) atau picaridin iaitu bahan yang mungkin membuat sesetengah pengguna sensitif.

“Produk ini menghalang nyamuk daripada mendarat atau bertahan di kulit tanpa rasa melekit sekali gus memastikan keselesaan yang sama seperti menggunakan serum lain,” katanya.

Sempena Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2024 yang berlangsung pada 16 hingga 19 Oktober, Kao Malaysia teruja untuk mengambil bahagian dalam memperkenal dan mempromosikan Bioré GUARD Mos Block Serum.

“Sebagai sebahagian daripada komitmen kami untuk mempromosikan kesihatan dan kebersihan, kami akan mengadakan sesi demonstrasi dan perkongsian teknologi khas pada 16 Oktober bermula pukul 12 hingga 12.30 tengah hari.

“Semasa sesi ini, peserta akan mendapatkan pandangan eksklusif tentang teknologi inovatif di sebalik produk Bioré GUARD, termasuk sifat antibakteria dan pelindung yang canggih.

“Pakar kami akan melakukan demonstrasi secara langsung, menunjukkan bagaimana produk kami berfungsi seterusnya menawarkan penyelesaian untuk kegunaan seharian. Kami juga akan berkongsi pandangan tentang proses penyelidikan dan pembangunan produk, menyoroti integrasi bioteknologi canggih dalam formulasi produk kami,” katanya.

Tambah Nishimaki, ini adalah peluang yang sangat baik bagi peserta untuk berinteraksi secara langsung dengan pakar kami dengan mengajukan soalan dan belajar lebih lanjut tentang bagaimana Kao menerajui inovasi sains hayat dan kesihatan pengguna.

KAO Malaysia merupakan anak syarikat Kao Corporation, sebuah syarikat multinasional yang berpangkalan pejabat di Jepun yang terkenal dengan produk penjagaan diri, produk kebersihan dan produk penjagaan isi rumah berjenama seperti Bioré, Laurier dan Attack.

Sertai kami di Dewan 6 pameran No 6027 & 6032, Aras 1, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dari 16 hingga 19 Oktober untuk SIBS 2024!-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN