Hunter FC pertahan kejuaraan Kronos Tranung Junior Cup

Hunter FC pertahan kejuaraan Kronos Tranung Junior Cup

PASUKAN Hunter FC mempertahan kejuaraan Kejohanan Kronos Tranung Junior Cup 2024 bawah usia 12 tahun di Padang Sintetik Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus, Terengganu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Skuad bola sepak Hunter FC mempertahan kejuaraan Kejohanan Kronos Tranung Junior Cup bawah usia 12 tahun di Padang Sintetik Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus, kelmarin.

Kejayaan tersebut dicapai selepas pasukan dari Terengganu itu menumpaskan Kuantan Jr. FC dari Pahang menerusi penentuan sepakan penalti dalam pentas akhir selepas kedua-dua pasukan terikat 0-0 dalam perlawanan sebenar.

Pasukan AT Kemaman A dan AT Johor pula meraih tempat ketiga bersama dalam edisi ketiga ini.

Juara Kronos Tranung Junior Cup membawa pulang piala pusingan beserta medal. Selain itu, mereka menerima baucer barangan Kronos bernilai RM1,000, wang tunai RM300, hamper dan cenderahati daripada penganjur.

Hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu, Mohd. Qayyum Rahman.

Hunter FC adalah penyandang juara pada edisi tahun lalu. Kejohanan tahunan ini menyaksikan lebih 400 pemain mewakili 32 pasukan dari seluruh negara berentap memburu kejuaraan.

Edisi kali ini diadakan sempena Fit Malaysia @ Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Terengganu 2024 yang mendapat sokongan daripada Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu, Majlis Sukan Negeri Terengganu, Jabatan Pelancongan Negeri serta Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu.

Penganjuran edisi ketiga Kronos Tranung Junior Cup tahun ini menampilkan kelainan apabila dua kategori diperkenalkan iaitu Cup dan Plate.

Kategori Cup adalah untuk pasukan yang melayakkan diri ke perlawanan kalah singkir untuk memburu kejuaraan manakala Kategori Plate pula untuk pasukan-pasukan yang tersingkir daripada merebut kejuaraan utama lalu digabungkan untuk memburu piala iringan.

Selain akademi bola sepak swasta, kejohanan dua hari itu turut menampilkan pasukan Akademi Tunas (AT) bawah usia 12 tahun dari seluruh negara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN