PRODUK premium Eropah terkenal di seluruh dunia kerana tahap kualiti dan keselamatan yang tiada tolok bandingan. Kini, orang ramai berpeluang memanfaatkan produk itu dalam penghasilan hidangan tempatan yang digemari ramai.
Selain untuk meningkatkan keenakan rasa, ia juga dapat memberi nilai tambah dari segi kesihatan dan kesejahteraan pengguna. Bagi mencapai matlamat itu, Kesatuan Eropah (EU) memperkenalkan resipi nasi beriani sentuhan cef terkemuka tempatan, Jia Le Woh.
Resipi istimewa itu bukan sahaja dapat menonjolkan keindahan produk Eropah malah menyuntik inspirasi masyarakat untuk meneroka rasa baharu dan mempelbagaikan hidangan harian mereka.
Lebih-lebih lagi dengan penerangan santai, mudah dan kreatif cef yang sekali gus yang pastinya membangkitkan semangat untuk mencuba dengan bahan-bahan terbaik. Tidak kira sama ada anda pencinta makanan, suri rumah atau penggemar hidangan gourmet, kerjasama ini adalah sesuatu yang perlu diraikan!
Berikut adalah resipi nasi beriani itu.
Bahan-bahan (Beriani Ayam)
- 500 gram kaki ayam (Perapkan dengan 4 sudu besar serbuk briyani, 1 sudu besar serbuk kunyit dan ½ sudu besar garam)
- 1 biji bawang
- 1 kayu manis
- 1 bunga lawang
- 2 buah pelaga
- 1 bunga cengkih
- 1 daun salam
- 1⁄2 sudu besar garam
- 1⁄2 sudu besar gula
- ½ cawan susu latvia
- 3 sudu besar minyak zaitun extra virgin Greek PDO
- 1⁄2 cawan air
- 2 sudu besar sos tomato
- 2 cili hijau
Bahan-bahan (Nasi Beriani)
- 4 cawam beras basmathi (rendam 10 minit)
- – 41⁄2 cawan air
- 1 kayu manis
- 1 bunga lawang
- 2 buah pelaga
- 1 cengkih
- 1 daun salam
- 1⁄2 sudu kecil garam
- 1 sudu besar minyak zaitun extra virgin Greek PDO
- 5 gram PDO krokos kozanis atau Greek PDO saffron (Pra-rendam dengan air panas sekurang-kurangnya 2 jam)
Hiasan:
- Kacang gajus, saderi cina, bawang merah goreng
Cara penyediaan:
- Perap ayam dengan 4 sudu besar serbuk beryani, 1 sudu besar serbuk kunyit dan setengah sudu besar garam sekurang-kurangnya 15 minit.
- Masukkan minyak zaitun extra virgin Greek PDO, kemudian tumis bawang besar sehingga naik bau.
- Kemudian masukkan kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih dan daun salam, teruskan menumis ́sehingga naik bau.
- Seterusnya masukkan ayam, air, sos tomato, susu Latvia, garam, gula dan cili hijau, reneh dengan api perlahan selama 10 minit, ketepikannya.
- Toskan beras basmathi dan ketepikannya.
- Masukkan minyak zaitun extra virgin Greek PDO dan tumis kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, cengkih dan daun salam sehingga naik bau.
- Kemudian, masukkan beras basmathi dan beriani ayam, gaul rata.
- Seterusnya masukkan air dan tutup, masak nasi sehingga masak.
- Akhir sekali masukkan air PDO krokos kozanis secara rawak, diikuti bahan-bahan hiasan seperti kacang gajus, saderi cina dan bawang merah goreng, kemudian gaul rata.
- Sedia untuk dihidangkan.
Bahan premium Eropah yang digunakan cef
- Safron (PDO krokos kozanis)
Krokos kozanis PDO merupakan safron premium yang dipetik dengan tangan. Ia mempunyai benang merah panjang, aroma bunga, rasa unik dan warna terang yang mudah untuk dikenal pasti. Tumbuhan ini dilindungi oleh sijil dan diperolehi dari ladang terbaik di kawasan pergunungan Kozani, Greece, yang terkenal dengan pengeluaran safron terbaik di dunia.
- Susu Latvia
- Minyak minyak zaitun extra virgin Greek PDO.
Minyak ini meliputi PDO Vorios Mylopotamos, Rethymnis Kritis, PDO Messara dan PDO Kolymvari Chanion Kritis.
Kempen Premium European Products di Malaysia
Kempen “Premium European Products” ini memperkenalkan pelbagai produk bernilai tinggi ke pasaran Malaysia, Korea Selatan, dan Kanada, termasuklah minyak zaitun PDO, buah zaitun, anggur kering, saffron, keju keras, dan produk-produk lain dari Greece, serta produk tenusu, buah-buahan manis, coklat, konfeksi, dan snek masin dari Latvia. Setiap produk ini dihasilkan melalui piawaian ketat, menjadikannya pilihan utama bagi pengguna yang mencari kualiti tanpa kompromi. Melalui kempen ini, rakyat Malaysia berpeluang untuk menikmati kualiti produk yang dihasilkan dengan penuh dedikasi dan mematuhi peraturan ketat dalam memastikan pelanggan menerima produk yang tiada tolok bandingnya.
Untuk maklumat lanjut mengenai kempen “Produk Eropah Premium”, sila layari https://premiumeuropeanproducts.eu/ atau emel kami di [email protected].
Halaman yang didedikasikan untuk program ini boleh didapati di Instagram, Facebook dan YouTube, @premiumeuropeanproducts.