LKIM peneraju pameran teknologi dan perdagangansektor perikanan sempena MAHA 2024

LKIM peneraju pameran teknologi dan perdagangan sektor perikanan sempena MAHA 2024

Suasana di booth Aquaculture , LKIM yang bertempat di HALL A Maeps Serdang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERDANG: Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) memainkan peranan signifikan sempena sambutan 100 tahun Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) pada tahun 2024.

LKIM dipertanggungjawab sebagai agensi penyelaras utama Segmen Akuakultur di Pameran Dewan A (Best of The Best) yang diterajui oleh Bahagian Industri Makanan dan Asas Tani (BIMAT), Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).

LKIM dengan kerjasama Jabatan Perikanan Malaysia pada kali ini memfokuskan pameran modenisasi sistem ternakan dan jaringan pemasaran subsektor akuakultur negara selaras hasrat menjadikan MAHA 2024 berperanan sebagai medium galakan kepada masyarakat umum untuk menceburi bidang pertanian yang berteknologi tinggi.

Objektif utama Segmen Akuakultur oleh LKIM pada MAHA 2024 adalah memperluas jaringan hubungan di kalangan pengusaha industri akuakultur, penyelidik dan pelabur di peringkat tempatan dan antarabangsa seiring penganjuran MAHA Go Global (MGG).

Selain itu, pameran ini menjadi platform bagi mendapatkan maklumbalas pasaran teknologi akuakultur dan produk hasilan akuakultur di dalam dan luar negara dari spesifikasi produk, harga pasaran, peraturan import/eksport, standard piawaian yang digunapakai dan juga citarasa konsumer.

Segmen Akuakultur yang turut disertai 9 buah syarikat pada kali ini memaparkan pelbagai pameran dan demonstrasi teknologi sepanjang rantaian nilai subsektor akuakultur seperti Digital Smart Farming dan Recirculating Aquaculture System (RAS).

Sementara itu, di MAHA Go Global, MyFISHTRADE adalah jenama yang dipilih untuk menonjolkan sektor berkaitan perikanan sebagai prospek yang sedang berkembang seperti akuakultur, pemprosesan hasil perikanan, produk sejuk beku dan nilai tambah, ikan hiasan serta khidmat nasihat pasaran.

MyFISHTRADE merupakan segmen di bawah MAHA GO GLOBAL di Dewan C yang dianjurkan oleh Bahagian Pembangunan Perniagaan dan Pelaburan (BDI) KPKM manakala LKIM sebagai penyelaras utama dan disokong oleh Jabatan Perikanan Malaysia (DOF).

MyFISHTRADE memfokuskan kepada 16 buah syarikat berkaitan sektor perikanan untuk mengembangkan pasaran ke peringkat global.

Melalui platform ini, syarikat yang dipilih berpeluang mengetengahkan produk dan perkhidmatan melalui jaringan kerjasama dengan pembekal, pengedar dan pelabur antarabangsa yang berpotensi.

Di MyFISHTRADE, selain pameran akuakultur, terdapat produk sejuk beku, produk nilai tambah, pemprosesan, tepung ikan, ikan hiasan, makanan ikan, khidmat perundingan dan skin care.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN