TikTok Shop Rakan Kerjasama Karnival TEKUN Madani Kuala Langat

TikTok Shop Rakan Kerjasama Karnival TEKUN Madani Kuala Langat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Kempen JOMLokal yang dilancarkan oleh TikTok Shop awal tahun ini sebagai satu inisiatif memperkasakan produk dan usahawan tempatan diteruskan bagi memberikan mereka sokongan yang diperlukan untuk berjaya dalam perniagaan harian masing-masing.

Lanjutan daripada kerjasama antara TikTok Shop dan TEKUN Nasional di peringkat Zon Utara yang telah mengembangkan prestasi 250 usahawan tempatan dari negeri Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis serta menyaksikan 243 peratus pertumbuhan ekonomi digital, TikTok Shop sekali lagi dilantik sebagai rakan kolaborasi Karnival TEKUN Madani Kuala Langat.

Pada 6 dan 7 Ogos lalu, TikTok Shop telah menganjurkan Kursus Memperkasa Usahawan TEKUN (Edisi Selangor) yang memanfaatkan lebih 130 usahawan tempatan yang telah menyenaraikan sebanyak 15,000 SKU produk tempatan di bawah Kempen JOMLokal.

Melalui bengkel yang ditaja itu, usahawan terlibat menerima latihan praktikal dan tips kejayaan jualan penstriman langsung selain diberi lebih daripada baucar jualan bernilai RM1,400.

 

SERAMAI 10 usahawan terbaik dari Selangor akan dipilih membuat
jualan penstriman langsung sempena Karnival TEKUN Madani Kuala
Langat di Dataran Morib bermula Jumaat hingga Ahad ini.

Bengkel itu dianjurkan sebagai inisiatif memberi latihan kepada usahawan luar talian daripada pelbagai industri tempatan sebagai persediaan bagi pertandingan jualan TikTok Shop x Karnival TEKUN Madani di bawah kempen #karnivaltekunbersamatiktokshop.

Dalam minggu pertama, melalui inisiatif TikTok Shop x TEKUN Nasional, usahawan tempatan telah menjayakan lebih 3500 hasil pesanan produk tempatan.

10 usahawan yang terbaik akan dipilih untuk membuat jualan penstriman langsung secara fizikal di Booth TikTok Shop pada Karnival TEKUN Madani, Kuala Langat di Dataran Morib yang akan berlangsung dari 10 pagi sehingga 10 malam pada 30 Ogos sehingga 1 September.

 

TIKTOK Shop sekali lagi dipilih sebagai rakan kolaborasi sempena penganjuran Karnival
TEKUN Madani Kuala Langat.

Karnival itu dianggarkan akan menarik 20,000 pelawat di mana usahawan TEKUN Nasional yang terpilih akan menerima sokongan baucar, trafik iklan berbayar, kit penstriman langsung serta sokongan pemasaran rasmi oleh TikTok Shop.

Sepanjang karnival itu akan diadakan aktiviti menarik seperti:

Kursus percuma oleh Peniaga Cemerlang TikTok Shop tentang teknik perniagaan melalui TikTok.

Aktivasi luar talian bertemakan TikTok Shop serta Pengagihan Jalur Gemilang dan Belon #JomLokal

Majlis Anugerah Cemerlang Usahawan TikTok Shop x TEKUN Nasional

Permainan Happy Hour TikTok Shop Yang Menawarkan Hadiah-Hadiah Teknologi Yang Lumayan

Pertandingan Video TikTok Karnival TEKUN Madani Edisi Kemerdekaan

Jualan Penstriman Langsung Bersama Vaucar Istimewa Peniaga Cemerlang TikTok Shop

Jualan Penstriman Langsung Bersama Top Creators TikTok-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN