PUTRAJAYA: Julat peningkatan pendapatan yang akan diterima penjawat awam adalah antara 16.8 peratus hingga 42.7 peratus dengan mengambil kira faedah berganda.
Pelarasan itu akan dilaksanakan secara bertahap dengan fasa pertama bermula 1 Disember ini.
Fasa seterusnya akan bermula 1 Januari 2025 dan ia dilaksanakan secara berfasa kerana kekangan dan mahu mengelakkan inflasi.
Sebagai contoh, seorang Pembantu Hidupan Liar Gred G11 dengan pendapatan bulanan gaji pokok dan elaun pada November 2024 adalah RM1,795 naik kepada RM2,115 dalam Fasa 1 pada Disember 2024.
Bagi Fasa 2 iaitu pada Januari 2026, pelarasan sebanyak tujuh peratus menjadikan pendapatan bulanannya kepada RM2,327.
Pelarasan itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) Ke-19 di Pusat Konvensyen Antarabangsa, Putrajaya, hari ini. – UTUSAN