Pusat Rehabilitasi Perkeso di Ipoh kini siap 63.05 peratus

Pusat Rehabilitasi Perkeso di Ipoh kini siap 63.05 peratus

STEVEN Sim melawat pembinaan projek Pusat Rehabilitasi Perkeso di Bandar Meru Jaya, Ipoh, Jumaat lepas.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Prestasi pembangunan fizikal Pusat Rehabilitasi Neuro-Robotik dan Cybernics Kebangsaan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) setakat 2 Ogos lalu telah mencapai kemajuan 63.05 peratus.

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong berkata, pembangunan 11 blok utama pusat itu dengan fungsi berintegrasi perkhidmatan neuro-robotik dan cybernics, rawatan rehabilitasi konvensional dan perubatan tradisional kini memasuki fasa pembinaan pesat.

“Tarikh jangkaan pembangunan siap sepenuhnya adalah menjelang 1 Mei 2025.

“Pusat Rehabilitasi ini dilengkapi teknologi robotik terkini termasuk rawatan neurorobotik dan cybernics dari Jepun.

“Malah kemudahan serta perkhidmatan akan tertumpu kepada rehabilitasi perubatan dan vokasional yang holistik berdasarkan konsep rehabilitasi sepanjang hayat,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Projek pembangunan fizikal Pusat Rehabilitasi Neuro-Robotik dan Cybernics Kebangsaan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) setakat 2 Ogos lalu telah mencapai kemajuan 63.05 peratus.

Jumaat lalu, Steven Sim mengadakan lawatan kerja rasmi ke tapak pembinaan Pusat Rehabilitasi milik Perkeso itu Bandar Meru Raya, di sini yang merupakan pusat terbesar seumpamanya di Asia Tenggara.

Lawatan itu bertujuan meninjau kemajuan kerja-kerja pembinaan dan perkembangan pembangunan projek tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN