PUTRAJAYA: Jumlah peningkatan pendapatan yang akan diterima penjawat awam diunjurkan antara 16.8 hingga 42.7 peratus.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, jumlah tersebut mengambil kira faedah berganda.
Beliau berkata, peningkatan pendapatan itu akan dijalankan melalui dua fasa bermula Disember 2024 dan Januari 2026.
Anwar ketika membentangkan simulasi jumlah pendapatan bulanan menyenaraikan lima contoh perjawatan yang akan memperoleh peningkatan gaji:
- Pembantu Hidupan Liar (Gred G11)
- Jururawat (Gred U29)
- Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Gred DG41) (T5)
- Prebet (Askar) (Gred ZA1)
- Konstabel Polis (Gred YA1) – UTUSAN